in , ,

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Bakal Beraksi di Malaysia

Saksikan Artis Global Terkenal, Pemain Dram & Pemuzik Jazz Terkemuka, Yussef Dayes, Beraksi Untuk Julung Kali Di Malaysia, Pada 25 November 2022 Di REXKL

Salah seorang pemain dram, penyanyi/penulis lagu dan penerbit muda UK yang paling berinovatif, YUSSEF DAYES, akan membuat persembahan di REXKL pada 25 November 2022 ini dalam siri jelajah Asia beliau. Acara mempunyai segala elemen penting bagi menjadikannya malam yang sangat bermakna oleh peminat muzik tanahair.

Ini merupakan acara pertama dalam siri anjuran kolaboratif di antara Collective Minds Asia dan RK Live Asia. Kedua-dua syarikat promosi ini merancang untuk membawa lebih ramai artis antarabangsa bertaraf eksklusif ke ibu negara. “Kami sangat teruja untuk menganjurkan persembahan sulung Yussef Dayes kepada penonton di KL pada 25 November ini di salah satu lokasi acara paling popular di ibu kota, iaitu REXKL. Yussef merupakan salah seorang pemuzik muda yang dikenali ramai di dalam arena jazz di London. Diiringi dengan bandnya, Yussef telah menggemparkan dunia muzik bukan sahaja menerusi bakat dan muzikalitinya yang unik, tetapi juga melalui penampilan visual beliau. Ia akan menjadi persembahan yang akan menyentuh semua deria penonton dan peminat muzik tanahair tidak patut melepaskan peluang untuk menyaksikan Yussef dan kumpulan muziknya beraksi secara langsung di acara ini”, kata Zaran Vachha dari Collective Minds Asia dan Rahul Kukreja dari RK Live Asia.

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Julung Kali Beraksi di Malaysia

Sejak kecil lagi Yussef telah giat berkecimpung di dalam dunia jazz. Mula dikenali menerusi persembahan yang dilakukan bersama adik beradiknya di dalam kumpulan United Vibrations, Yussef Dayes telah mula bermain dengan alat muzik sejak berumur empat tahun, dan minat ini telah berputik apabila ayah beliau membelikannya kit dram pertamanya.

Dilahirkan dan dibesarkan di London, Yussef membesar dengan latihan muzik tanpa henti, “Ibu bapa saya tegas – jika saya mahu melibatkan diri di dalam bidang muzik, saya perlu bersungguh-sungguh dan berusaha dengan serius.” Bapa beliau merupakan pemain bass di New York pada tahun 70-an, dan kerap membawa pulang koleksi piring hitam muzik jazz yang menjadi asas pendidikan muzik bagi adik-beradik keluarga Dayes – Yussef dan abang beliau yang juga merupakan pemain bass, Kareem akan bermain bersama-sama sambil mendengar rekod ayah mereka selama berjam-jam pada satu masa. Ini adalah adalah titik permulaan bagi Yussef untuk mempelajari muzik jazz secara tidak formal sehinggalah, apabila beliau berumur sepuluh tahun, beliau berpeluang untuk belajar di bawah Billy Cobham (pemain dram Miles Davis). Yussef menganggap ini adalah perkara yang paling memberi kesan di dalam perkembangan karier muzik beliau.

Di sekolah, ramai rakan sebaya Yussef yang bercita-cita menjadi MC atau rapper, dan dia menganggap muzik grime dan hip-hop sangat mempengaruhi hasil karyanya, “Tenaga yang sama digabung dengan pelbagai alunan muzik yang berbeza itu, saya salurkan ke dalam irama drum saya.”. Ini diperkayakan lagi dengan koleksi muzik reggae bapanya yang berasal dari Jamaica, serta muzik kegemaran  mendiang ibunya seperti The Beatles dan irama country, dan minat abangnya, Ahmad kepada trek irama jungle,ketika saya membesar, terdapat pelbagai muzik menarik di setiap bilik di rumah saya” – dan kepelbagaian muzik ini, digabungkan dengan bunyi yang beliau dengari ketika merantau (terutamanya ketika beliau berada di Senegal) boleh dirasai di dalam hasil gubahan bunyinya yang penuh bertenaga dan eklektik.

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Julung Kali Beraksi di Malaysia

Kepelbagaian pengaruh muzik ini telah diterapkan ke dalam pementasan secara langsung dari usia Yussef masih muda. Ini secara langsung telah mengukuhkan reputasi beliau sebagai salah seorang artis yang perlu dikenali di persada muzik UK, dan pada tahun 2015 pasangan muzik duo, Yussef Kamaal dilahirkan. bersama rakannya dari London, Kamaal Williams. Album Black Focus yang dilancarkan pada tahun 2016 menawarkan sensibiliti elemen dancefloor dan breakbeat yang diselitkan dengan elemen funk, telah menjadi salah satu rekod jazz yang paling diiktiraf di masa kini dan menawarkan gabungan bunyi UK dengan muzik yang popular di Amerika Syarikat. Lantas, album ini memenangi 2017 Jazz FM untuk anugerah Best Breakthrough Act. Menerusi persembahan mereka yang penuh semangat serta pengalaman beliau bersama kedua-dua kumpulan sebelum ini, ia telah membantu mengasah bakat Yussef di atas pentas (dia merujuknya sebagai alter-ego, “semangat haiwan” yang mengambil alih badan beliau apabila beliau mula bermain dram).

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Julung Kali Beraksi di Malaysia

2018 menyaksikan penghasilan Love Is The Message – lagu solo pertama Yussef yang transendental, dikeluarkan sendiri oleh beliau di bawah label Cashmere Thoughts. Perjalanan solo Yussef terus berkembang pada 2019 dengan pengeluaran single AA bertajuk DUALITY, yang terdiri daripada lagu-lagu seperti For My Ladies dan Othello. Sebagai bukti kepelbagaian dan skop kerjanya pada 2019, Yussef menerbit dan menjadi kurator muzik bagi acara makan malam Louis Vuitton di Minggu Fesyen Lelaki Paris pada Januari 2019 dan persembahan Dior Homme di Tokyo pada 2021, di mana beliau telah bekerjasama dengan tokoh fesyen terkenal, mendiang Virgil Abloh dan Benji B.

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Julung Kali Beraksi di Malaysia

Pada tahun 2020, Yussef bersama rakan pemuzik dari South East London, Tom Misch telah mengeluarkan album bersama mereka yang bertajuk What Kinda Music, yang diedarkan di bawah label jazz legenda, Blue Note. Album ini menyajikan muzik pelbagai genre dan berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik antarabangsa. Ia meraih banyak kejayaan global termasuk mencapai #4 dalam Carta Rasmi UK dan mencapai #1 Album Jazz Kontemporari Semasa, satu pencapaian yang mengagumkan di dalam Carta US Billboard. Pada tahun yang sama, Yussef meneruskan rentetan kejayaannya dengan mengeluarkan album solo penuhnya, Welcome to the Hills.

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Julung Kali Beraksi di Malaysia

Yussef ternyata mempunyai masa depan yang cerah, dan dengan setiap langkah, beliau terus ke hadapan, menampilkan lebih banyak lanskap bunyi yang berkualiti, epik dan rumit dan lain daripada yang lain. “Bermain dram ialah salah satu cara untuk berkomunikasi dan mengekspresikan diri anda, dan dengan album baru saya yang masih dalam perancangan, saya teruja untuk menunjukkan kepada penonton di Kuala Lumpur siapa itu Yussef Dayes dan muzik yang saya ingin ketengahkan”, kata pemuzik yang amat bergaya itu. Tidak syak lagi Yussef Dayes akan menjadi topik perbualan yang hangat ketika dan selepas persembahan beliau nanti. Tiket sudahpun mula dijual dengan harga RM280 (tertakluk pada terma dan syarat). Untuk maklumat lanjut tentang Yussef Dayes, sila layari www.yussefdayes.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Malaysia Perkenal Laman UndiNegaraKu Bersempena PRU 15 

HAZZRUL NIZAM

Sut James Bond Hazrul Nizam di Gegar Vaganza Tarik Minat Syafinaz