in

Google Malaysia Anjur Pertandingan Google Doodle

Google telah mengumumkan pertandingan ‘Doodle 4 Google’ pertama di Malaysia hari ini, yang menjemput pelajar­pelajar sekolah untuk mempamerkan kreativiti, keseronokan dan keaslian dengan menghantar coretan atau doodle yang unik bercirikan citarasa tempatan.

Doodle adalah contengan spontan yang dibuat pada logo Google yang telah mencuri perhatian ramai pengguna Internet dan dihasilkan untuk meraikan hari cuti, ulang tahun dan kehidupan pelukis, perintis dan ahli sains terkemuka yang telah banyak membantu membentuk sejarah.

Doodle biasanya dihasilkan oleh pekerja Google tetapi syarikat itu turut membuat pengecualian khas, contohnya seperti Doodle 4 Google Malaysia.

Doodle 4 Malaysia, dan kami Pamerkannya pada Hari Malaysia. Pertandingan Google Doodle pertama kini terbuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia.

Bertemakan ‘Malaysia to me is …’ bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, pertandingan itu bertujuan untuk merangsang dan memupuk keupayaan semula jadi pelajar muda untuk bercita­cita tinggi dan membantu merangsang kreativiti. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam kategori umur berikut : 7 ­ 9 tahun, 10 ­ 12 tahun, 13 ­ 15 tahun dan 16 ­ 17 tahun.

Pemenang bukan sahaja mendapat gelaran juara dan menyertai kumpulan elit ahli bukan Google yang pernah mencipta doodle, tetapi ciptaannya akan dipaparkan di google.com.my pada Hari Malaysia, 16 September 2014.

Malaysia menyertai senarai beberapa negara di mana pertandingan itu diadakan sejak beberapa tahun lalu, di mana kanak­kanak dijemput untuk mencipta doodle. Dan walaupun ini merupakan pertandingan yang pertama kali diadakan di sini, ia bukan kali pertama Google mencipta doodle bercirikan Malaysia. Hari Merdeka, Pilihan Raya 2013 dan ulang tahun ke­56 Yasmin Ahmad, adalah sebahagian daripadanya yang telah mencuri perhatian ramai di google.com.my .

Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan berkata doodle mencerminkan personaliti dan kasih sayang Google, dengan penekanan terhadap merekabentuk perkara yang menyeronokkan.

“Apabila merekabentuk bertemakan ‘Malaysia kepada saya …’ kami ingin para pelajar menitikberatkan apa yang mereka hargai tentang Malaysia dan apa yang menjadikan negara ini disayangi oleh mereka. Ia termasuk apa sahaja mengenai budaya, kepelbagaian, masyarakat, makanan, mercu tanda atau imej­imej unik yang melambangkan Malaysia kepada mereka, tetapi imaginasi dan kreativiti adalah perkara yang dinilai oleh kami. Yang paling penting, kami mahu pelajar bergembira!”

Doodle telah menjadi sebahagian daripada sejarah Google sejak tahun 1998, apabila pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin meletakkan lakaran orang kayu di sebalik huruf ‘o’ kedua dalam perkataan Google sebagai mesej kepada pengguna bahawa mereka “tiada di pejabat” kerana menghadiri festival muzik dan seni. Sejak itu, doodle telah menyambut dan menandakan pelbagai peristiwa penting di seluruh dunia, ulang tahun, dan perayaan dengan rekaan pada, sekitar dan melalui logo Google pada laman utama.

Hari ini, Google menghasilkan beratus­ratus doodle setahun di seluruh dunia. Selain daripada ulang tahun antarabangsa dan hari cuti, doodle turut dihasilkan bagi memperingati hari lahir beberapa pelukis dan saintis terkenal antaranya seperti Andy Warhol, Albert Einstein, Leonardo da Vinci, Louis Braille, Percival Lowell dan Edvard Munch, dan ramai lagi.

Tarikh tutup penyertaan bagi peraduan Doodle 4 Google Malaysia adalah pada 15 Julai 2014. Untuk memuat turun borang penyertaan, syarat peraduan dan maklumat lanjut, layari google.com.my/doodle4google.

Googlers pressing the launch button at D4G

Matthew Zaheen and Sajith Sivanandan doodling at the launch of D4G

About Google Inc.
Google is a global technology leader focused on improving the ways people connect with information. Google’s innovations in web search and advertising have made its website a top Internet property and its brand one of the most recognized in the world. Google is a trademark of Google Inc. All other company and product names may be trademarks of the respective companies with which they are associated.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Planet Gempak Ola Bola Astro

Miley Cyrus Jatuh Sakit Alahan Pil Antibiotik