in

Miley Cyrus Jatuh Sakit Alahan Pil Antibiotik

Pada hari Jumaat lalu, pengurusan Miley Cyrus telah mengeluarkan kenyataan, konsert siri jelajah Miley Cyrus di Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditunda apabila penyanyi remaja sensasi terbabit dilaporkan mengalami alahan teruk akibat pengambilan pil antibiotik.

Persembahannya yang dijadualkan di Philadelphia, Connecticut dan New York pada minggu depan terpaksa dibatalkan. Cyrus mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk sembuh daripada kesakitan yang memaksa dirinya dimasukkan ke sebuah hospital di Kansas, baru-baru ini.

Miley-Cyrus-Is-Singing-to-Who1

Jumaat lalu juga Cyrus, 21, memuat naik status di Twitter, dirinya tidak suka dikejutkan dari tidur di hospital semata-mata untuk menerima suntikan.

Penyanyi berkenaan sudah pun membatalkan persembahannya di Charlotte, North Carolina, sebelum itu kerana diserang demam yang seakan-akan selsema. Bagaimanapun kesihatannya tidak diketahui dengan sepenuhnya sehinggalah pada hujung minggu lalu apabila beliau membatalkan kemunculan di Kansas City dan St Louis.

Dalam sebuah kenyataan, pihak pengurusannya memaklumkan, Cyrus diserang jangkitan sinus ketika berada di North Carolina. Beliau kemudian diberikan ubat antibiotik Cephalexin, yang membuatkan dirinya mengalami alahan cukup teruk.

“Alahan teruk seperti ini boleh mengambil masa antara lima hingga 27 hari.”

Kenyataan itu turut menyatakan, penyanyi terbabit kini berada di bawah pengawasan doktor sehinggalah beliau benar-benar sembuh. Pihak pengurusannya juga meminta supaya wakil media dan peminat memberikan sedikit waktu untuk Cyrus beransur baik. Mereka turut menyatakan, penyanyi itu kecewa apabila terpaksa mengecewakan peminat dengan pembatalan persembahan berkenaan.

Bagaimanapun, Cyrus dikatakan tidak akan berehat daripada mengadakan persembahan bagi tempoh waktu yang panjang. Jurucakapnya berkata, siri jelajah di Eropah akan tetap diteruskan. Ia akan bermula di Amsterdam, Belanda, pada 2 Mei nanti.

Pada musim panas ini, beliau dijadualkan kembali menghangatkan pentas di AS. Persembahan baru bermula antara 1 hingga 14 Ogos diumumkan sebagai tarikh bagi menggantikan konsertnya yang dibatalkan. Ia juga termasuk dua persembahan tambahan, masing-masing di Pittsburgh dan Chicago. Sebelum itu, penyanyi ini berdepan dugaan berat apabila anjing kesayangan yang dianggap teman baik, Floyd, meninggalkannya buat selama-lama.

Kesedihan akibat kematian Floyd mendatangkan tekanan hebat buat dirinya hingga doktor menyatakan, jika beliau tidak bertenang, permasalahan berkenaan boleh membawa kepada masalah serangan jantung.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Google Malaysia Anjur Pertandingan Google Doodle

Adam Nafi Dakwaan Rumah Tangga Retak