in ,

GOL & GINCU VOL. 2 Singgah di Universiti-Universiti Tempatan

Berita tentang kehangatan filem Gol & Gincu Vol. 2 di media sosial berikutan pengumuman rasminya beberapa minggu lalu tidak berhenti di situ.

Beberapa penampilan istimewa melalui program Gol & Gincu Vol. 2 Day Out di universiti-universiti tempatan akan memberikan lebih banyak pendedahan tentang kehadiran filem tersebut di pawagam seluruh negara bermula 25 Oktober 2018 nanti.

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Singgah Di Universiti-Universiti Tempatan

Tema persahabatan, kuasa wanita dan kehidupan di kolej yang ditonjolkan di dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 ini menyasarkan penonton muda terutamanya pelajar-pelajar kolej kerana konsep berkenaan dirasakan lebih sinonim dengan kehidupan seharian mereka.

Di samping itu, filem ini turut memaparkan penggunaan media sosial yang sudah sebati dengan kehidupan pelajar dan golongan milenial.

Umi Salwana Omar, pengarah Gol & Gincu Vol. 2 semasa tayangan pratonton berkata,

“Media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Elemen tersebut diterap dan diolah dengan baik dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 dan kami hadir ke sini untuk menyaksikan reaksi para pelajar terhadap filem ini.”

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Acara Gol & Gincu Vol. 2 Day Out juga membuka ruang bagi pelajar untuk beramah mesra dengan bintang filem seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera, Jad Hidzir, Annabel Michael dan Intan Serah serta penyanyi lagu tema rasmi, Kaka Azraff dan Aizat Amdan.

“Isu wanita sering kali tidak diendahkan. Walaupun pada luarannya kelihatan indah, namun setiap wanita mempunyai rasa ketidakyakinan diri dan mungkin mempunyai isu dan pada waktu sebeginilah kita harus berganding bahu dan maju bersama,” – Penerbit filem, Lina Tan

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Selepas membuat penampilan pertamanya di UiTM Shah Alam pada 4 Oktober 2018, Gol & Gincu Vol. 2 Day Out bakal menghantar pasukannya ke Multimedia Universiti Johor pada 11 Oktober 2018 sebelum kembali ke ibu negara untuk membuat kemunculan di HELP University pada 15 Oktober 2018 dan Universiti Malaya pada 24 Oktober 2018. Gol & Gincu Vol. 2 Day Out menamatkan program jelajah universiti di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 26 Oktober 2018.

Selain sesi perkongsian bersama penerbit, pengarah, penulis lakonlayar dan barisan pelakon, tayangan pratonton 15 minit pertama filem dan persembahan lagu tema rasmi juga diadakan di Gol & Gincu Vol. 2 Day Out.

Beberapa pelajar bertuah yang hadir ke acara kemasukan percuma ini turut berpeluang untuk membawa pulang barangan eksklusif dari Zalora, Laura Mercier, dan Grab. Tapak jualan Pizza Hut dan Libresse juga tersedia di luar dewan tayangan untuk memenuhi keperluan pelajar.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Gol & Gincu Vol. 2, ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di laman Facebook, Instagram, dan Twitter atau kunjungi www.golgincu2.com.my

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Gol &Amp; Gincu Vol. 2 Hadir Di Universiti-Universiti Tempatan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi Bernadee Mohon Beri SATU PELUANG Lagi

[GAMBAR] Persembahan Luar Biasa di Konsert Hujan X Masdo