in ,

Andi Bernadee Mohon Beri SATU PELUANG Lagi

Walaupun tersingkir daripada program Big Stage yang lalu, penyanyi remaja Andi Bernadee tidak pernah patah semangat dalam mengukir namanya di arena seni.

Bagai memohon peluang diberikan ruang, bintang Big Stage ini tampil dengan single ketiganya “Satu Peluang”.

Sebelum ini Andi Bernadee atau mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan single yang bergenre balada ‘Tiada Lagi Maaf’. Walaupun single pertamanya itu tidak berjaya memberikan impak yang besar kepada kerjaya seninya, namun Andi berjaya mencuri perhatian peminat seni apabila menjadi tular sekitar penghujung tahun lalu menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’. Andi juga pernah mendapat kepercayaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalam Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan yang lalu.

“Satu Peluang” membawakan konsep pop dengan elemen reggaeton ini, merupakan hasil nukilan rapper dan penerbit tersohor, Alif. Ini bukanlah pertama kali Andi mengenengahkan irama muzik rancak, sebelum ini Andi pernah mencuba membawakan irama hip hop menerusi single keduanya ‘Semalam Sahur Di Mana’.

Mengulas tentang irama rancak yang diketengahkan dalam single terbaru Andi ini, Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia berkata,

“Menerusi ‘Semalam Sahur Di Mana’, kami mendapati Andi lebih cenderung dan selesa membawakan irama rancak seperti ini. Peminat pun memberikan reaksi yang positif.”

Andi Bernadee - Satu Peluang (Cover Art)

“Saya berharap pertaruhan kali ini dapat menambat hati semua pendengar. Simboliknya, seperti tajuk lagu ini saya juga berharap diberikan peluang untuk mendapat tempat dalam arena muzik tempatan. Lagu ini bukan sahaja single terbaharu saya malah ianya juga lagu yang menjadi titik tolak kepada hala tuju muzik saya seterusnya,” – Andi Bernadee

Single “Satu Peluang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 OKTOBER 2018.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK : https://www.facebook.com/andibernadee2015
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/andibernadee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genting Cruise Lines To Continue With More Cruise Calls To Indonesia

GOL & GINCU VOL. 2 Singgah di Universiti-Universiti Tempatan