Bersedia, Malaysia! Pada 18 Julai 2025, kita akan menyaksikan sesuatu yang bukan sekadar konsert—ini adalah perayaan cinta, warisan, dan kehidupan yang tidak akan pernah padam. Glenn Fredly, penyanyi legenda Indonesia yang telah pergi meninggalkan dunia ini, akan ‘kembali’ dalam bentuk hologram di atas pentas Zepp Kuala Lumpur. Ya, teknologi canggih bakal membawa Glenn kembali ke sisi kita, dan percayalah, ini bukan gimik murahan, tapi sebuah persembahan suci untuk mengenang jiwa yang menggetarkan jutaan hati.
Kenangan Glenn Fredly Tetap Hidup Di Setiap Nota
Siapa yang tak kenal Glenn Fredly? Dengan lagu-lagu seperti “Kasih Putih,” “Januari,” “Akhir Cerita Cinta,” “Sedih Tak Berujung,” dan “Terserah,” beliau menyulam kisah cinta, kehilangan, dan harapan yang meresap ke jiwa. Menurut Ibram Putra selaku penganjur konsert, “bait lirik yang puitis dan melodi penuh nuansa telah menjadi sebahagian perjalanan hidup banyak orang. Warisannya bukan hanya pada lagu, tapi juga pada nilai keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.”
Konsert ini bukan sekadar memancarkan bayang hologram kosong, tapi menyatukan emosi, cinta, dan kenangan. Malam itu akan turut diserikan oleh Mutia Ayu (isteri Glenn), Ryan D’Masiv, Noh Salleh, dan Nadira Adnan. Mereka akan bergabung dengan The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn, membentuk persembahan tribute yang intim dan tulus.
Lebih Dari Hiburan, Ini Sebuah Tribute
Ibram Putra dengan penuh emosi menyatakan, “ini bukan hanya pertunjukan. Ini ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan. Masa untuk meraikan cinta yang menyatukan, muzik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi.”
Anuar Osman dari Matahari Sdn Bhd, rakan promotor, pula berkongsi, “kami yakin peminat Glenn di Malaysia sudah lama menantikan momen ini. Akhirnya, kerinduan itu bakal terubat.”
Bukan hanya peminat lama, generasi muda juga akan mendapat peluang untuk mengenal Glenn melalui konsert ini. Dalam dunia yang makin mengejar trend viral dan cepat lupa, konsert ini hadir sebagai pengingat bahawa muzik sejati tidak pernah mati.
Teknologi Menyatukan Masa Lalu Dan Masa Kini
Konsert ini juga menandakan tonggak penting dalam dunia muzik Asia Tenggara—teknologi hologram bukan sekadar gimmick, tetapi jambatan yang menyatukan kenangan dengan realiti. Bayangkan, anda berdiri di hadapan pentas, mata berkaca melihat Glenn Fredly ‘bernyawa’ semula, sambil seluruh stadium menyanyi bersama. Bukan main-main, ini bakal jadi malam yang bikin meremang bulu roma.
Info Penting Buat Peminat Setia
Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM188 di www.ticket2u.com. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan lanjut, boleh singgah di Instagram: @premierlivepro, @bumientertainment, @musikbagusrecords, @glennfredlymusik. Kalau nak jadi sebahagian dari sejarah, jangan tunggu lama-lama—tiket pasti laris macam pisang goreng panas!
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang peminat muzik sejati, Budiey melihat konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi sebagai penghormatan buat seorang seniman yang telah menyentuh hati ramai. Budiey berharap penonton datang bukan sekadar untuk mengambil gambar atau video untuk media sosial, tetapi untuk benar-benar merasai dan menghayati semangat serta mesej yang ditinggalkan Glenn.
Dalam dunia yang makin sibuk, konsert seperti ini mengingatkan kita untuk berhenti sejenak, menghargai keindahan seni, dan mengenang mereka yang telah pergi. Kalau tanya Budiey, ini konsert wajib hadir—kerana sesekali dalam hidup, kita berhak meraikan cinta dan kenangan, bukan sekadar melalui skrin kecil, tapi bersama jiwa-jiwa yang memahami maknanya.