in ,

SEDIHSEDIH

Glenn Fredly Selamat Disemadi, Ini Yang Berlaku Semasa Pengkebumian

Biarpun keluarga penyanyi Januari itu meminta peminat berdoa dari jauh berikutan penularan COVID-19, namun, masih ada yang tidak mahu melepaskan peluang mengiringi jenazah ke pusara, lapor agensi. Dilaporkan, balu mendiang, Mutia Ayu yang mengenakan persalinan putih, tampak tabah dengan wajah sembab pada acara pengebumian itu.

glenn-funeral

Suasana sugul menyelubungi seluruh kaum keluarga mendiang Glenn Fredly ketika penghormatan terakhir untuk penyanyi itu berlangsung. Paling menyentuh hati semestinya ketika balu, Mutia Ayu dan anak mereka Gewa berada di sisi mendiang memberi kata-kata akhir.

Kamu janji. Please jangan tinggalin aku.

– Mutia Ayu
glenn

Selepas keranda putih yang memuatkan jenazah penyanyi berusia 44 tahun selamat dikebumikan, Mutia dilihat menaburkan bunga ke pusara suami.

Dalam video dimuat naik Instagram bumi entertainment, Mutia tidak dapat menahan sebak, menangis pilu di samping jasad suami yang kaku tidak bernyawa. Dia kemudian mengendong Gewa daripada seorang ahli keluarga sambil berkata sesuatu, namun butir percakapannya tidak jelas dirakam video.

View this post on Instagram

Selamat jalan bung…. . R.I.P 🙏🙏🙏

A post shared by glennfredly309 (@bumi.entertainment) on

Menurut Tribun News, Mutia dilihat teresak-esak menangis sambil berbicara dengan beberapa perkataan sahaja yang jelas kedengaran.

Sebaik merakamkan foto bersama keluarga, Mutia dilihat mendekati pusara Glenn sambil menundukkan tubuh dan memejamkan mata.

Proses pengebumian mendiang berjalan lancar. Sebelum pulang, Mutia sempat mengucapkan terima kasih kepada tetamu dan meminta semua mendoakan suaminya.

Sebelum itu, seorang demi seorang ahli keluarga memberikan kata akhir kepada jasad Glenn sebelum tiba giliran balunya itu. Kaum keluarga turut menyanyikan lagu Glenn, Kasih Putih bersama-sama sambil mata tertumpu kepada jasad di dalam keranda.

Glenn Fredly dan Mutia Ayu berkahwin tahun lalu. Mereka dikurniakan anak perempuan diberi nama, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang baru berusia 40 hari.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan apabila Glenn atau nama penuhnya, Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Cilandak, Jakarta Selatan, akibat meningitis. – AGENSI

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nak Menu Unik? Cuba Cara 13 Selebriti Dalam RESIPI MUSANG BERJANGGUT

Artis Warner Music Malaysia Sumbang Kepada Kakitangan Frontliners HKL