in ,

Genap Setahun Perginya Harun Salim Bachik

Pada hari ini 8 Mac, genaplah setahun pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik pergi meninggalkan kita semua. Allahyarham meninggal di usia 55 tahun menghembuskan nafas selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak arah selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad, 8 Mac 2015.

Berita pemergian beliau pernah disiarkan oleh Budiey. Baca berita penuh di SINI.

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Perkara itu disahkan beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki dan Aziz M Osman menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter. Menerusi maklumat rakan artis memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jatuh di dalam bilik air di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Gunung Semanggol, Perak.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al- Mutmaimah Jalan Perdana 8/1 Taman Pandan Perdana pada jam 9 pagi esok (Isnin) dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Al-Fatihah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem OLABOLA Bakal Ke Festival Filem Di Taipei

Nora Danish Ajar Peminat Cara Betul Nak Berselfie