in ,

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik

Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak arah selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad, 8 Mac 2015.

Pelakon Den Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian mengejut itu.

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi mengenai perkara itu. Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, Harun dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka kemudiannya singgah di RNR Bukit Merah untuk mengisi minyak sebelum Harun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.”

Den turut memberitahu jenazah Allahyarham difahamkan akan dibawa ke hospital terlebih dahulu bagi mengetahui punca kematiannya.

“Saya tidak pasti sama ada Allahyarham akan dibawa ke hospital berdekatan atau dibawa ke hospital di Kuala Lumpur,”

Perkara itu disahkan beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki dan Aziz M Osman menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter. Menerusi maklumat rakan artis memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jatuh di dalam bilik air di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Gunung Semanggol, Perak.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al- Mutmaimah Jalan Perdana 8/1 Taman Pandan Perdana pada jam 9 pagi esok (Isnin) dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Sementara itu, pelakon dan rakan baik Harun, Afdlin Shauki ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke rumah Allahyarham.

Bagaimanapun Afdlin tidak dapat mengulas lanjut tentang kejadian tersebut kerana masih belum mendapat maklumat sahih berhubung kematian sahabat baiknya itu.

“Berita tentang kematian Harun benar malah saya sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Bagaimanapun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana belum mendapat cerita sebenar tentang kejadian,” katanya.

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun atau nama sebenarnya, Haron Aminar Rashid Salim pernah popular menerusi pelbagai drama dan filem seperti Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati dan Lelaki Harapan Dunia. Allahyarham pernah bergandingan dengan Afdlin sebagai kumpulan Boboi dan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada Disember 2011.

Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Seniman (2010 hingga 2012) iaitu persatuan yang memperjuangkan nasib artis di Malaysia.

Budiey nak ucapkan salam takziah buat seluruh keluarga dan sahabat Allahyarham. Semoga ruh tenang di sana. Al-Fatihah.

Harun Salim Bachik

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

City Seasons Suites Dubai Yang Praktikal & Menawan

Gambar Sekitar Konsert Air Supply 40th Anniversary World Tour LIVE in Malaysia