in , ,

Gelaran Go-Go Smasher Temukan Jodoh Dian Hashim Bersama Kru Music

Pernah meraih 900 ribu tontonan di YouTube untuk persembahnnya yang memakai nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, Dian Hashim, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi.

Berumur 21 tahun, graduan Diploma Vokal dan Seni Suara, Fakulti Muzik UiTM Shah Alam ini juga pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan ‘Choral Music’ mewakili kumpulan koir Universiti Teknologi MARA, UiTM Chamber Choir (UCC) di Jerman dan Poland tahun 2019.

Penglibatan Dian Hashim atau nama penuhnya Nordiana Shalieza Binti Che Hashim dalam industri muzik tanah air telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak kepada beliau sebagai artis rakaman KRU Music. 

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, “Single „Aku Wanita‟ dapat menonjolkan kelainan dankeunikan suara Dian.

Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buat beliau, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu ‘catchy‟ dan „trendy‟ yang lebih bersesuaian dengan peribadi Dian.

Mempunyai vocal range yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi yang sudah berjaya.”

Kata Dian Hashim pula, “Syukur kepada Allah SWT kerana berkat usaha dan doa saya selama ini menjadi kenyataan. Saya sangat berterima kasih kepada KRU Music kerana memberikan peluang dan mengetengahkan lagi bakat nyanyian saya ini dengan menerbitkan single pertama berjudul Aku Wanita yang dilancarkan pada 24 Ogos. Saya berharap kehadiran saya ini juga dapat mewarnai industri hiburan tempatan dan mendapat sambutan yang positif.”

‘Aku Wanita’ hasil nukilan Rayyan Rayhan (Komposer & Lirik) dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak „catchy‟ yang bersesuaian dengan perwatakan anak gadis ini.

Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan perjuangan dalam percintaan dan tidak mudaterpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki.

Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.

Lagu Aku Wanita boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain itu, lagu ini turut boleh didengari melalui platform penstriman (Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music dan TikTok) bermula 24 Ogos. Ikuti media sosial KRU Music di Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai KRU Music.

Dian Hashim

LIRIK LAGU AKU WANITA

Harus aku berkata
Kepadamu wahai lelaki
Manis bibirmu dan tutur kata
Ingat! Perempuan bukannya sama

Cinta bukan biasa
Jangan kamu main dengan kata-kata Sememangnya itu hanya delusi Yang ingin membuat hatiku di curi

Aku memang wanita yang tahu Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka Ku berikan jiwa

Memang aku wanita yang suka Memilih hal cinta
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku Kaulah yang istimewa

Waktu akan terhenti
Bila suaramu manis melekat dihati Saat itu, bila kau ucap ‘I love you’ Kan ku ukir namamu di hatiku

Jujur dalam ikatan cinta ini Jangan jangan mainkan hatiku Kerna bila ku jatuh cinta
Ku simpanmu akhir hayatku

Aku memang wanita yang tahu Menilai isi hatimu,
Dan bukannya semudah kau sangka Ku berikan jiwa

Aku memang wanita yang tahu Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka Ku berikan jiwa

Memang aku wanita yang suka Memilih hal cinta
Dan bukannya semudah kau sangka Ku berikan jiwa

Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku Kaulah yang istimewa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Tak Mahu Dilabel Tangkap Muat, Akui Sukar Cari Lagu Bermutu

Drama Bersiri BIDADARI KIRIMAN TUHAN Lakonan Mira Filzah & Zul Ariffin