in , ,

LoveLove

Drama Bersiri BIDADARI KIRIMAN TUHAN Lakonan Mira Filzah & Zul Ariffin

Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak, gandingan kali pertama bersama Zul Ariffin selaku teraju utama di Astro Ria untuk siaran bermula Ogos ini

Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip.

‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 25 Ogos 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

bidadari kiriman tuhan_usop manis TX DATE

Lebih menarik lagi, para penonton juga bakal disajikan dengan dua buah episod secara berturut-turut sempena tayangan perdana yang akan bermula pada malam ini.

Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria

“Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat dalam membariskan variasi drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, kami amat teliti dan berhati-hati dalam setiap pemilihan program-program yang ditawarkan. 

Terbaharu kami bawakan drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ menerusi slot Megadrama khusus buat tontonan para penonton kerana kami yakin dengan kekuatan jalan cerita yang padat dan disokong dengan kualiti produksi yang bermutu tinggi serta lakonan mantap barisan pelakon yang terlibat.

Di bawah arahan pengarah handalan iaitu Rashid Sibir yang cukup sinonim dengan pembikinan karya-karya penuh emosi menyentuh hati, drama kali ini yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga pasti akan memberikan ‘mood’ yang berlainan kepada peminat drama Melayu. Selamat menonton!

2

Rashid Sibir, Pengarah & Penulis Skrip ‘Bidadari Kiriman Tuhan’

“Saya gembira diberikan kepercayaan oleh Astro untuk menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi untuk slot Megadrama. Terus terang saya berasa sangat gemuruh apabila memikirkan reaksi penonton apabila drama ini ditayangkan nanti.

Kami dari pihak Opera Klasik cuba lari dari kebiasaan dan lari dari ‘cliche’ dan mengadaptasikan gerak kamera berlainan dan memperbanyakkan ‘wide shots’. 

10

TRIVIA DRAMA ‘BIDADARI KIRIMAN TUHAN’

  1. Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ menyerlahkan sisi lakonan berbeza Mira Filzah yang menyahut cabaran membawakan dua watak yang berbeza karakter iaitu sebagai Cikgu Manis dan Manja.
  • Karakter Manja selaku seorang gadis lembam yang dipegang oleh Mira Filzah cukup mencabar dan memerlukan kajian yang mendalam tentang isu kesihatan mental bagi mendapatkan penjiwaan watak yang menyakinkan.
  • Drama ini juga merupakan drama lakonan terakhir Mira Filzah sebelum menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
  • Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Mira Filzah dan Zul Ariffin selaku teraju utama.
  • Antara cabaran terbesar sepanjang penghasilan drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ ialah penggambaran yang tertangguh selama tiga bulan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dikhuatiri akan mengganggu mood dan momentum penggambaran.
  • Lokasi utama penggambaran drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ telah dijalankan di sekitar Ijok, Sungai Besar, Sekinchan dan Tasik Puteri serta mengambil masa lebih kurang 70 hari untuk disudahkan.
  • Lagu ‘Wajah Kekasih’ nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
4

BARISAN PELAKON ‘BIDADARI KIRIMAN TUHAN’

Mira Filzah sebagai CIKGU MANIS / MANJA

Zul Ariffin sebagai CIKGU YUSUF 

Adlin Aman Ramlie sebagai IKRAM 

Zarina Zainuddin sebagai MARIA (MAK)

Ruminah Sidek (Mak Mah) sebagai NENEK

Fauziah Nawi sebagai KALSOM

8

SINOPSIS DRAMA ‘BIDADARI KIRIMAN TUHAN’

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah),seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah)mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat.

5

What do you think?

71 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gelaran Go-Go Smasher Temukan Jodoh Dian Hashim Bersama Kru Music

Almy Nadia Alami Batu Karang Dalam Hempedu