in , ,

“Sebagai Anak Sulung Tentu Sangat Kecewa Dengan Apa Yang Berlaku” – Shila Amzah

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga membabitkan ibu bapa penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

Shila Amzah juga dilihat jarang memuat naik status mahupun perkongsian di media sosial sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Memetik Harian Metro, Shila berkata sebagai anak sulung sudah pasti dia kecewa dengan apa yang berlaku namun dia berdamai dengan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak

“Tak kira berapa banyak sokongan yang diterima. Disebabkan perkara ini pernah berlaku kepada diri sendiri, apa yang saya boleh katakan kekuatan itu perlu datang daripada diri sendiri.

“Diri sendiri perlu bersedia menerimanya. Kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan kita, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian dalam dunia.

“Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan. Berdamai dengan takdir. Sebagai anak sulung sudah tentu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

“Tapi, dalam masa sama, saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak. Ini kerana apabila ia berkaitan dengan perhubungan, maka akan ada dua jalan tengah sama ada untuk berdamai atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia sudah lama melalui kekecewaan dan setiap keputusan yang dibuat dalam dunia ini datang dengan akibat yang turut melibatkan masa mendatang.

“Kita kena menjalani kesan dari apa yang kita putuskan, kena terima dengan hati terbuka. Kerana itu pilihan kita. Sebagai anak sulung sejujurnya saya dah tiada apa-apa rasa.

“Saya dah lali sebab anak sulung adalah anak yang nampak semua benda secara keseluruhan. Jadi, kalau nak cakap terlalu kecewa, saya dah lalui kekecewaan saya dah lama.

“Cuma yang lain-lain baru merasai. Saya dah rasa lama. Jodoh, ajal, maut semuanya bukan abadi. Yang saya minta, doakan kesihatan keluarga saya terutama emak.

“Saya sendiri perlukan doa sebagai tonggak untuk mencari rezeki buat keluarga. Itu saja yang saya rasa boleh menambah baik keadaan,” katanya.

Terdahulu, Shila menafikan wanita bernama Siti Munirah yang didakwa isteri kedua bapanya, ND Lala itu adalah kawan baiknya. Shila berkata dia sememangnya mengenali wanita itu sejak sekolah namun tidak layak untuk digelar kawan baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Penyampai Berita, Nama Hattan Trending Di Twitter

NADIRAH

Pameran Solo Terbesar Nadirah Zakariya di Temu House Art Space Petaling Jaya