in , ,

Gandingan Achey & Ammar di Minggu Pertama BBB 2019 Raih RM10,000

Pentas minggu pertama Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) yang bermula Ahad lalu (3 Mac), menjadi milik Achey. Gandingan “serasi yang tidak selekeh” bersama Ammar melayakkan Achey membawa wang tunai RM10,000!.

Persembahan sketsa dengan tema bebas dan pilihan lagu Amalina dan Temberang juga mendapat pujian juri tetap, Saiful Apek dan Mark Adam. Turut memberi saingan hebat bagi minggu pertama BBB 2019 adalah Shuk yang bergandingan bersama pemenang Persembahan Terbaik AJL 33 iaitu Sufian Suhaimi. Shuk bijak menarik perhatian penonton dengan memanfaatkan persembahan viral Sufian ketika di AJL 33 untuk memperkuatkan lagi sketsa beliau selain turut mengetengahkan isu-isu lain yang turut viral di media sosial kebelakangan ini. 

ACHEY _ AMMAR JUARA MINGGUAN

Selain Achey dan Shuk, pentas BBB 2019 turut menampilkan tiga lagi pelawak popular iaitu Chiwan yang bergandingan dengan Man Taman, Sharif Zero bersama Jiggy Masin dan juga Mamak Puteh bersama Bell Ngasri. 

SHARIF _ JIGGY

BBB 2019 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Elly Mazlein ini akan meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu, jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. BBB 2019 juga dibawakan oleh penaja bersama KFC dan juga OPPO.

D57U4160

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000. 

SHUK _ SUFIAN SUHAIMI

Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahadjam 6.00 petang diTV3. BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my.

Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube danInstagram TV3iaitu @TV3Malaysiauntuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!

ARTIS JEMPUTAN- ANDI BERNADEE
MAMAK PUTEH _ BELL NGASRI
ACHEY _ AMMAR
CHIWAN _ MAN TAMAN
ACHEY DINOBAT JUARA MINGGUAN
D57U4011
JURI TETAP, SAIFUL APEK _ MARK ADAM
D57U4173

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mafidz Bakal Adakan ADA ANGIN & HATI Musical Showcase

Wanita Ini Tular Gara-gara Wajah Seiras dengan Sufian Suhaimi