in , ,

Wanita Ini Tular Gara-gara Wajah Seiras dengan Sufian Suhaimi

Siapa sangka siapa menduga, akhirnya penyanyi Sufian Suhaimi telah bertemu kembarnya. Alkisahnya, baru-baru ini ada seorang perempuan yang menggelar dirinya Farzana menjadi tular apabila dikatakan wajah versi perempuan yang sama dengan penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

Beberapa hari lalu, Budiey ada menyiarkan berita tentang Sufian Suhaimi sedang gigih mencari seorang wanita matang dan comel untuk dijadikan model dalam video muzik berjudul MENCARI. Namun, Sufian Suhaimi tidak menduga pencarian itu mempertemukan beliau dengan kembar seirasnya, cuma berlainan jantina sahaja. Sudah tu, wanita ini telah pun tular kerana mereka dipertemukan jua. Mungkin Sufian dan wanita ni ada jodoh, mana kita tahu.

“Bertemu Juga Kita..”- Digelar Kembar, Gadis Ini ‘Bertemu’ Sufian Suhaimi Curi Tumpuan!

Sufian

Lazimnya, sebelum ini ada gambar yang tular di media sosial di mana wajah beberapa orang lelaki gara-gara dikatakan sama dengan penyanyi Dimatamu namun kali ini lain pula, yang ini versi perempuan!

View this post on Instagram

bertemu juga kita hm

A post shared by Farzana (@farrzanaaa_) on

Menerusi Instagram, perempuan dikenali sebagai Farrzanaaa ini berkata ‘bertemu juga kita’ membuatkan netizen turut terkejut apabila dapat dilihat persamaan antara mereka berdua.

Hahaha finally sekian lama terpisah… bertemu juga ya.

Malah, netizen juga berseloroh di ruangan komen apabila mereka juga dikatakan jodoh dan akhirnya berjumpa setelah lama terpisah. Lahai lawak pula.

Kembar Sufian Suhaimi
Kembar Sufian Suhaimi
Kembar Sufian Suhaimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gandingan Achey & Ammar di Minggu Pertama BBB 2019 Raih RM10,000

Pendatang Baru Aamin Yusoff Pertaruhkan PENYAKIT HATI