in

Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 1

Tarikh 21 Februari (semalam) tiba juga di mana ia menjadi tarikh untuk Budiey dan beberapa orang media ke Pulau Perhentian untuk bercuti bersama beberapa selebriti anjuran Xpresi Kembara RTM.

Terima kasih kepada Xpresi Kembara terutamanya, penerbit dan penolong penerbit termasuklah Shawn Amir dan semua krew kerana sudi menjemput Budiey bersantai bersama Black, Bunkface, Lan & The Typewriter, Liyana Fizi, AIzat, Couple dan 6ixth Sense.

Seawal jam 8.30 pagi lagi, kami berkumpul di perkarangan masjid di Angkasapuri RTM untuk menaiki bas yang membawa kami ke Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan mengambil masa 8 jam.

Bas bertolak pada jam 10 pagi. Antara media lain yang turut hadir Metro Ahad, Malay Mail, Berita Harian dan Kosmo. Program [email protected], Muzik Aktif dan In-Trend juga turut menyokong program ini.

Kami sempat singgah di R&R Temerloh untuk makan tengahari. Setelah mengharungi perjalanan dalam bas, kami sampai di Kuala Besut pada jam 6 petang. Setibanya di Kuala Besut, kami terus menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.

Oleh kerana musim monsun masih bersisa, ombak laut masih bergelora pada lewat petang. Dengan cuaca yang tak menentu, kami dinasihatkan supaya cepat-cepat bertolak. Sebanyak 3 buah bot disewa khas untuk mengangkut kami ke Pulau Perhentian Kecil.

Pengalaman pertama menaiki bot laju memang cukup adventure dan mencabar juga. Sakit juga punggung masing-masing sebab bot ni memang laju dan melawan ombak yang kadangkala tinggi. Tak sampai separuh perjalanan, hujan turun menjadikan pengalaman ini sangat mencabar. Memang pedih muka kena air hujan.

Nasib baik semuanya selamat, cuma ada beg kami yang basah kuyup.

Setelah melawan arus badai dan hujan, akhirnya bot kami naiki tu selamat sampai di Pulau Perhentian Kecil dalam jam 6.45 petang.

Pada sebelah malam, tiada apa-apa program. Cuma kami berehat dan makan malam. Selepas isi perut kenyang-kenyang, kami jalan-jalan pula di Long Beach, antara pantai yang indah di pulau ini.

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Sufian Amri, pengacara program In Trend RTM

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Black yang masih obses dengan badannya yang berketul-ketul

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Black & Aizat di R&R Temerloh

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Adi vokalis 6ixth Sense sejurus tiba di Kuala Besut

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

This is Joe Lee from Malay Mail

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Salah seorang geng band Aizat. Sedang menunggu bot untuk ke Pulau Perhentian

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Kami sampai di Pulau Perhentian Kecil pada jam 6.40 petang. Menginap di Shari La Resort.

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Setibanya kami di Shari La, rombongan disambut oleh kakitangan resort ini. Terus ke dewan untuk mendengar sesi briefing.

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Entah apa yang mengelikan hati si Black ni, Budiey pun tak tahu.

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Krew Xpressi Kembara sedang beri taklimat

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Inilah dia resort tempat kami menginap

Urusetia dan krew Xpresi Kembara sedang beri taklimat dan membahagikan baju T Xpresi Kembara

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Selepas berehat dan makan malam, kami jalan-jalan di sekitar Long Beach.

Xpressi Kembara Rtm Pulau Perhentian Day 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fazura Teruja Jadi Duta Eliksir Haruman Eksklusif LUX

Tycoons of Asia Ho Kwon Ping