in ,

Nur Fazura Teruja Jadi Duta Eliksir Haruman Eksklusif LUX

LUX Semai Sentuhan Glamor ke dalam Pengalaman Mandian Harian

Perjalanan untuk LUX sejak 1928 dipenuhi glamor dengan menampilkan bintang terkemuka Hollywood yang mengubahnya menjadi produk jagaan kecantikan Hollywood yang digemari.

Sekarang ini, LUX telah mencapai tahap baru dengan pengenalan bintang LUX barunya iaitu pelakon dan selebriti terkenal, Nur Fazura dan serentak dengan itu juga LUX telah melancarkan platform haruman bagi rangkaian mandian barunya yang dikenali sebagai rangkaian Eliksir Haruman Eksklusif LUX.

Nur Faazura Duta Lux

Budiey nak ucapkan tahniah buat Nur Fazura Sharifuddin atau lebih glamor dengan nama Nur Fazura kerana telah berjaya dipilih menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan sebagai duta baru LUX. Fazura mengikuti langkah sebilangan selebriti paling glamor Malaysia seperti Ramona Rahman, Sheila Majid, Fauziah Latif, Amy Mastura dan Erra Fazira.

Di majlis gala yang cukup happening, Fazura telah hadir untuk melaksanakan tugas pertamanya selaku duta LUX dengan memperkenalkan rangkaian LUX yang baru dengan membawa mandian ke tahap kreativiti dengan menggunakan kecanggihan baru. Platform haruman dari rangkaian LUX baru ini memperkenalkan wangian eksklusif dari pereka minyak wangi terkenal dunia Ann Gottleb, Eliksir Haruman Eksklusif LUX mengubah mandian harian menjadi pengalaman mewah dengan hasilnya yang sangat sofistikated. Nak tahu sejauh wangi ke tak wangi kenalah cuba!

Di majlis itu juga, penyanyi dan juga bekas duta LUX, Amy Mastura turut hadir memeriahkan majlis.

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Amy Mastura menyerahkan mahkota sebagai simbolik kepada penyerahan tugas sebagai duta. Kata Amy, “Good luck Fazura!”

Ujar Fazura semasa sidang media, “Saya sangat bertuah kerana diberi peluang menjadi duta jenama mandian badan kecantikan yang sangat terkenal, LUX. Ini kerana saya sedar bahawa saya berkongsi keistimewaan ini bersama beberapa wanita paling ternama di seluruh dunia, selain yang di Malaysia yang saya ikuti jejak langkah mereka.

Nur Faazura Duta Lux

Kata Lennu Chuah, Pengurus Jenama Personal Wash dalam ucapannya pula, “Kami teruja dengan Fazura sebagai duta baru kami kerana beliau adalah lambang identiti kecantikan yang dimiliki LUX dengan baik sekali. Memiliki seorang duta yang glamor dan secantik Fazura digandingkan pula dengan rangkaian Eliksir Haruman Eksklusif LUX baru ini hebar sekali kerana beliau melengkapkan sentuhan Ann Gottlieb yang penuh kemahiran mencipta wangian dan rangkaian terbaru.

Nur Fazura

Bekerjasama dengan pakar haruman Unilever sendiri dan sepasukan dengan pereka minyak wangi terkemuka dari New York, Paris dan London, Gottlieb – orang sebalik haruman seperti CK One, Obsession, Eternity dan Daisy & Lola untuk Marc Jacobs – memulakan eksploraso wangian bagi mencipta rangkaian terbaru haruman mandian LUX.

Apa itu Eliksir Haruman Eksklusif LUX? Ianya adalah haruman koleksi diinspirasikan minyak wangi yang begitu sofistikated. Ia adalah pasangan haruman yang tahan lama yang mempamerkan elemen minyak wangi ternama.

Nur Faazura Duta Lux

Dihoskan oleh Serena C dari FlyFM

Wangian LUX bakal menyerlahkan aroma dan inovatid sensasi yang luar biasa dan ia mencipta satu sejarah baru bagi penciptaan wangian haruman mandian.

Ia bukan saja wangi, malah ia juga meninggalkan baru yang kekal sepanjang hari selepas mandi. Bagi memastikan ia kekal, LUX mendedahkan unsur tersembunyi dalam pembersih badannya yang digelar Fragrance Pearls yang direka untuk memerangkap bau minyak wangi yang berharga dan melepaskannya semasa buih dikeluarkan.

Ia diadun dengan ramuan bemutu tinggi dan luar biasa bagi mencipta haruman yang menawan dan diinspirasikan pula dari bunga-bungaan yang berkembang mekar dan segar, buah-buahan eksotik, kulit kayu dan herba yang membelai serta kekal lama pada kulit selepas seseorang itu mandi.

Ada dua jenis mandian baru LUX iaitu:

LUX Magical Spell – baunya sangat menggoda yang dihasilkan dari haruman orkid dan minyak jupiter, bunga-bungaan dari Timur dan haruman asas dari dark wood, ambar, kasturi, minyak nilam dan vanila.

LUX Secret Bliss – dihasilkan dari wangian timur hijau yang memukau dengan ramuan Egyption Violet Leaf dan minyak Elemi. Haruman sensual ini dihasilkan juga dengan mabar, black violet dan kayu cendana.

Selain dua haruman ini, LUX juga memperkenalkan tiga lagi pilihan mandian haruman iaitu LUX Soft Touch and Velvet Touch, LUX White Impress dan LUX Wake Me UP.

Rangkaian produk ini boleh dibeli di semua outlet yang membawa jenama LUX seluruh Malaysia.

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Nur Faazura Duta Lux

Nur Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off

Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 1