in

Gambar Tiz Zaqyah di Sessi Ramah Mesra Drama GEMILANG

Pada jam 4 petang tadi (26 Januari 2011), TV3 telah mengajak media bermesra dengan barisan pelakon drama GEMILANG di Pusat Komuniti Bukit Damansara.

Antara pelakon yang hadir ialah Tiz Zaqyah yang memegang watak seorang guru di Institut Gemilang bernama Asma.

Setelah membaca sinopsis drama Gemilang, sekarang barulah Budiey dapat tahu tentang mesej dan plot penceritaan drama arahan Khabir Bhatia ini.

Di sidang media ini juga, Budiey lihat ramai juga wartawan yang menemuramah Tiz Zaqyah termasuklah tentang persahabatannya dengan seorang pelakon lelaki yang hangat diperkatakan.

Bagi Tiz, beliau senang untuk berkawan dengan siapa sahaja asalkan ada keserasian.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan di bawah arahan pengarah tersebut.

“Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya. Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.

Selain Tiz, drama ini menampilkan Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ

Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG