in

Teaser Filem Syirik Untuk Pembaca Sensasi Selebriti

Oh jap… jangan bunuh diri bang! Berdosa besar tu!

2797574767 E2Bb3C68A3 | 3

Selepas filem Pensil, M.Subash kembali menggegarkan dunia perfileman negara dengan filem Syirik. Wow! judul filem pun bunyi macam semacam je kan?

Semalam, Budiey sempat ke pengambaran filem Syirik di Hulu Langat, Selangor. Banyak cerita terungkai di sana. Cerita itu dan cerita ini. Cuma masa mungkin tidak mengizinkan untuk bersembang panjang dengan pengarah yang punya karakter ‘Kemelayuan’ ini.

2797573659 21Ce4B5B03 | 4

Sebagai teaser… tengok dulu dua keping gambar di bawah ini ya adik-adik dan kakak-kakak…

Haa… kata Subash… “I sebenarnya jantan straight tau… ini watak Kumar… dalam diri dia ada Lina. Lina ni seorang student universiti yang dirasuk untuk membunuh… dan inilah watak yang I pegang… jangan ingat watak mak nyah ye… bukan. Ini watak perempuan sebenar yang dirasuk…”

Lepas jadi lelaki cacat, kini Subash boleh buat watak sebegini mistik. Mmm, kita tengok sahaja bagaimana watak ini terlukis di layar.

2797571651 6Aee4291D2 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Terbaru Linda Onn di Sidang Media Cicakman 2

CERITA MAYA KARIN SETELAH BERGELAR ISTERI