in ,

Gambar Siti Saerah di Showcase Made In Malaysia

Pada 2 Ogos lalu, Showcase Made In Malaysia telah diadakan di The Ruums KL. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu tentang showcase yang mempersembahkan beberapa kumpulan rock seperti Wings, Kristal, Abstrak Hingga Ke Bulan, Revenge dan AKU ini diadakan di Kuala Lumpur sebagai ganti showcase Made In Malaysia di Stadium Larkin. Khabarnya, showcase seperti ini akan diadakan setiap bulan oleh penganjur sebagai memberi galakan dan sokongan kepada band-band indie dan rock buatan Malaysia.

Budiey tak sangka, Siti Saerah, adik kepada Dato’ Siti Nurhaliza antara kalangan selebriti yang turut berada di sana. Ditemani beberapa kawan, Siti Saerah mengakui bahawa dia rapat dan mengenali Awie Wings. Kerana itu, Siti Saerah datang sebagai satu sokongan kepada Wings. Muzik dan lagu Wings best! Siti Saerah membesar dengan lagu-lagu mereka.

Ini bukan kali pertama Budiey bertemu dengan Siti Saerah. Sebenarnya, dah banyak kali tapi mungkin pada masa itu, Saerah tidak kenal siapa Budiey. Cuma Budiey yang kenal Saerah. Yang kelakarnya Saerah sebut nama Budiey salah. Tapi memang ramai sebut “Badi” (Buddy). Sebenarnya, bukan ‘Badi’ tetapi yang betulnya ‘Budi’.

Saerah memang seorang yang sangat mesra dan tidak lokek untuk datang ke tempat Budiey lepak dengan teman wartawan yang lain dan bersalaman serta memperkenalkan dirinya. Walhal, dari jauh lagi Budiey sudah mengenali Saerah. Mesra betul anak Pakcik Tarudin yang sorang nih.

Badan Siti Saerah agak kurus sedikit. Kurus bukan sebab putus cinta tetapi Saerah lakukan untuk menjadikan dirinya lebih bertenaga apabila menyanyi dan ini juga penting untuk imejnya sebagai seorang penghibur. Nak kurus senang je, jangan makan nasi.

Selain Siti Saerah, pelakon drama Anak Pontianak yang pernah menggegarkan industri hiburan dengan gambar kontroversinya, Zarina An-Julie juga turut ditemui di showcase ditemani seorang teman lelaki. Budiey tidak mengambil gambar Zarina sebab rasanya Zarina tidak lagi menjadi seorang selebriti. Setuju?

Tak sangka Siti Sairah minat dengan muzik rock. Terutama kumpulan Wings.

Wings Memang BEST!

Siti Saerah bergambar bersama seorang blogger ‘terlampau’.

Gambar Siti Saerah masa rakaman Teratak Siti Nurhaliza anjuran TV3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim di Malam Gala Teater Muzikal Patriot

Asha Latha, Mawi SERIKAN SIARAN LANGSUNG SENANDUNG MUHIBAH RTM/RTB