in ,

Asha Latha, Mawi SERIKAN SIARAN LANGSUNG SENANDUNG MUHIBAH RTM/RTB

MAWI SERIKAN SIARAN LANGSUNG SENANDUNG MUHIBAH RTM/RTB DI RTM1

Semalam telah berlangsung Siaran Langsung Senandung Muhibah RTM/RTB jam 08.30 malam di RTM1 diadakan bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur kali ini menyaksikan Malaysia mengambil tempat sebagai tuan rumah kali ini ke atas program terbitan dan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan Radio Televisyen Brunei (RTB) ini.

Sedar atau tidak, Siaran Langsung Senandung Muhibah RTM/RTB kini telah memasuki kali ke 16 pengajurannya. Ternyata usaha menyatukan dua negara menerusi konsert gilang-gemilang ini semakin hari berjaya meningkatkan mutu kerjasama antara pengamal muzik dan artis-artis terlibat. Malah menyumbang kepada memperkenalkan seleksi lagu-lagu lama dan terkini popular di negara masing-masing.

Menampilkan kolaburasi dua perantara berbakat Hani Hamid (Malaysia) dan Daud Iskandar (Brunei), sepanjang satu jam setengah siarannya Siaran Langsung Senandung Muhibah RTM/RTB mengetengahkan barisan artis-artis popular mewakili dua buah negara ini dengan lagu-lagu istimewa mereka.

Pastinya kemunculan artis popular Malaysia iaitu Mawi, Jaclyn Victor, Dayang Nufaezah, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Asha Latha dan Chan Chee Yee membawakan lagu hits masing-masing menarik tumpuan penonton. Malah persembahan bertenaga mereka diiringi kumpulan penari dikenali Gula 33 Dance Club.

Sementara artis-artis Brunei yang terpilih mewakili negara mereka memeriahkan majlis ini termasuklah Azizul Serbini, Meria Aires, Hans Anwar, Muhammad Khairy Pangeran Haji Khamis, Dayangku Salbiah Pangeran Haji Bujang, Ampuan Nuhafizah Ampuan Haji Yaakop dengan diiring tarian oleh Kumpulan Blaze Dancers.

Selain daripada artis, muzik iringan juga adalah gabungan antara pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Asnawi Mutaal dan pemuzik Orkestra RTB di ketuai Hj Hashim Hj Abd Rahman yang disatukan menjayakan program yang lebih cenderung kepada irama-irama tradisi yang berteraskan rentak Melayu ini.

Begitu juga mengetengahkan genre muzik popular dan semasa sekaligus memenuhi citarasa muzik penonton yang terdiri daripada masyarakat dua buah negara ini.

Persembahan mantap lagu Senandung Muhibbah yang dinyanyikan semua artis, Antara Matamu & Mataku, Zapin Pantun Berdaun, Samrah Mentari, Erti Hidup, Hati Kama, Apa Adanya, Dambaran Cinta, Jangan Ada Segi Tiga, Cinta Zulaikha dan Lagu Cinta Lagu Jiwa, sebagai lagu punutup melibatkan semua artis terlibat.

[tags]Azizul Serbini, Meria Aires, Hans Anwar, Muhammad Khairy, Pangeran Haji Khamis, Dayangku Salbiah Pangeran Haji Bujang, Ampuan Nuhafizah Ampuan Haji Yaakop, Gadgets Review, templates, theme, WordPress, internet service provider malaysia, maxis broadband, Jaclyn Victor, Dayang Nufaezah, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Asha Latha, Chan Chee Yee, one singapore, streamyx combo, telekom malaysia, tmi, arah asyikin zulkifli rafiz yahya one in a million oiam malaysian idol mi2 nieyl mentor afif mystarz lg ejam badri aman shah ramlah ram kelly clarkson, mawi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Saerah di Showcase Made In Malaysia

Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Akhir Tahun Ini?