in

Gambar Sessi Karaoke Bersama Shiha Mentor

[dropcap]S[/dropcap]iapalah artis jika tanpa sokongan peminat. Siapalah penulis blog jika tiada sokongan dari pembaca dan siapalah calon yang bertanding dalam pilihanraya tanpa sokongan pengundi.

[pullquote align=”right”]Sessi Karaoke Bersama Shiha Mentor berlangsung dengan happening dan Budiey lihat semua peminat Shiha yang hadir memang sporting[/pullquote]

Memetik kata-kata penyanyi lagu tema Kempen Mari Mengundi, Shiha Mentor semasa kunjungan Budiey di Sessi Karaoke malam tadi, Shiha ada kata, peminat adalah nadi kepada kejayaan seseorang selebriti. Itu betul. Budiey setuju. Sesiapa pun tak boleh nafikan tentang hakikat itu. Kadang-kadang peminat boleh menjulang nama artis itu sampaikan artis itu sendiri tak sangka sejauh itu sokongan peminat terhadap diri mereka. Lihat sendiri senario yang berlaku di Anugerah Bintang Popular. Jika tiada peminat yang mahu undi, masakan pemenang boleh menjulang trofi kemenangan, kan?

Bertempat di Platinum Superstar Karaoke, KL Festival City Mall, satu sessi karaoke bersama Shiha Mentor telah diadakan pada 19 April. Acara yang bermula jam 9 malam hingga 11 malam itu adalah untuk merapatkan lagi hubungan peminat dengan Shiha. Dianjurkan bersama peminat dan juga pihak pengurusan Shiha sendiri, acara ini adalah yang pertama kali dan berjaya mengumpulkan seramai 30 orang peminat setia Shiha.

Menurut Shiha, beliau tidak sangka ramai peminatnya yang mahu hadir setelah dia mempromosikan Sessi Berkaraoke ini di Facebook miliknya. Jumlah yang mahu datang melebihi 30 orang dan ramai di antara mereka adalah dari Johor. Mungkin selepas ini, Shiha akan merancang untuk aktiviti lain pula.

KLIK VIDEO: Shiha Mentor Kini Bergelar Pelakon

Dalam perkembangan lain, selain sibuk menerima undangan menyanyi, Shiha kini berlakon sebuah drama komedi. Nantikannya di kaca TV!

Gambar Sessi Karaoke Bersama Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zalora Launches Iphone Shopping App

Trailer & Gambar Eksklusif dari Filem The Wolverine