in ,

Gambar Selebriti & Sekitar Seminar & Pameran AIFFA 2013

[dropcap]P[/dropcap]ada hari kedua penganjuran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) berlangsungnya Seminar & Pameran AIFFA 2013 di Hotel Pullman, Kuching Sarawak selama dua hari iaitu 29-30 Mac.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9 pagi, 29 Mac 2013 dan seminar bermula dengan topik Introducing Team Hollywood yang menampilkan pengaran terkenal Brian L Tan yang diundang khas untuk memberi sedikit taklimat tentang perkembangan terkini industri perfileman di Hollywood. Topik yang diutarakan termasuklah tentang kesan khas terkini yang digunakan dalam filem di Amerika Syarikat. Antara speakers yang lain ialah penerbit Gary Levinsohn, Kymber Lim (Penerbit VFX), Ted Kim (Penerbit), Christopher Chen (Penerbit).

Tajuk-tajuk lain yang diutarakan semasa seminar berlangsung ialah Slash is the New Black: Multi-skilling in Media Today, Producing Films Internationally oleh Christopher Chen.

Budiey lihat ramai peserta yang hadir terdiri daripada pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga penggiat dan pencinta seni perfileman di Sarawak. Selain itu, selebriti dan delegasi dari 6 buah negara yang menyertai AIFFA turut hadir.

Pameran turut diadakan di aras 1 di luar dewan seminar. Budiey sempat bertemu dengan pelakon Sharifah Sakinah dan Adeline Tsen yang diterbangkan khas untuk menjadi jurucakap di booth Finas. Turut diundang di booth Finas ialah pelakon Pekin Ibrahim yang memberikan tips dan ilmu tentang dunia perfileman tanahair.

Pekin Ibrahim juga turut diundang untuk bercakap tentang topik ‘Blood & Tears of Artiste Survival: A Motivation pada hari kedua seminar yang bermula pada jam 9.30 pagi, 30 Mac.

Ikuti hashtag #AIFFA2013 di Twitter dan follow @AIFFA2013 untuk mengetahui lebih lanjut tentang AIFFA 2013.

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

AIFFA 2013 Day 2

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Datuk Seri Michelle Yeoh di AIFFA 2013

Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013