in ,

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010

Pada jam 4 petang tadi, Budiey.com dijemput untuk hadir di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 yang diadakan di Hotel Empire, Empire Subang, Jalan SS 16/1 Subang Jaya, Selangor. Memang first time Budiey memijakkan kaki di hotel ini. Padahal selalu je lalu lalang dan hanya dapat bangunan ni dari jauh. Teringat yang butik Dynaz Mokhtar juga ada kat sini.

Sidang media bermula agak lewat kerana menunggu selebriti dan tetamu yang hadir. Maklumlah, tempat ni memang susah juga nak cari. Ada jugak yang tersesat tadi.

Untuk info pembaca, Anugerah Skrin 2010 akan diadakan pada 24 Disember 2010, Jumaat, bersiaran secara langsung di TV3 pada jam 9 malam dari PWTC. ASK2010 akan dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran.

Anugerah Skrin 2010 ditaja dan diserikan oleh Pantene yang akan memperkenalkan 14 gadis Pantene. Di sidang media ini juga diumumkan juga kesemua drama dan filem serta penerbitan dalaman. Sebanyak 10 kategori untuk kategori drama, 7 kategori untuk filem dan 6 untuk kategori penerbitan dalaman. Tidak dilupakan juga nanti akan ada Anugerah Khas Juri. Kesemuanya akan ada 24 anugerah yang akan disampaikan kepada pemenang pada malam tersebut.

Budiey nampak ramai juga selebriti yang hadir. Nak senang, jom kita tengok siapa yang hadir.

Lisa Surihani

Lisa Surihani yang hadir dengan dress rekaan Ezuwan Ismail.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Julia Ziegler. Sweet.

Lisa Surihani & Fasha Sandha

Lisa Surihani & Fasha Sandha

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Putri Mardiana yang akan berlakon dalam Bini-Biniku Gangster arahan Farid Kamil

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Tony Eusoff.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Fasha Sandha

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam yang makin murah rezeki. Dengarnya, Kongsi akan ditayangkan pada bulan 4 tahun depan.

Fizz Fairuz

Fizz Fairuz yang berlakon dalam drama Donut di Astro Ria malam ni. Hehe. Kitorang tengah tonton.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Fouziah Gous yang akan shoot drama Tiramisu untuk slot Akasia. Sekarang tengah sibuk dengan Matera anjasmoro untuk slot seram TV3.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Awal Ashaari yang rasa terkejut dan teruja bila ditugaskan sebagai pengacara ASK 2010.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Wan Nurazlin.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Rozie Rashid.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Salam Budi, how are you? Thanks sebab share gambar-gambar ni..tak dapat hadir kat event tu, well tengok gambar-gambar ni sume dah cukup teruja.

  2. huhuhuhuhuh..fasha nampak tua sbb dh xde hidup mcm org kawin kan..wan nor azlin pon nk pakai mcm tokti kerrr??fouziah gous gorgeos! julia ziegler sama la mcm fasha! lisa surihani nampak seri kat atas dahi!

  3. Wan Nor Azlin tu kata dah insaf…nak pakai tudung la hapela…tapi at last…berserkup jugak akhirnya!
    Fasha Pansa…muka nampak tua la! Abisla ko..sbb Dewi Remaja yg baru jek dinobatkan ni lebih hot dan lebih seksi dari kau nyah! Jgn cinta Jejai beralih arah, udah le ye!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Showcase Idola Kecil 3 di Shah Alam

Paris Hilton’s My New BFF di 8TV