in

Paris Hilton’s My New BFF di 8TV

Selamat Tinggal Brittany!

Pencarian masih diteruskan dalam Paris Hilton’s My New BFF
Hanya di 8TV

TARIKH SIARAN: 7 DISEMBER 2010
HARI: SELASA
MASA: 10.30 MALAM
EPISOD: 10
BAHASA: INGGERIS

Bukan mudah untuk tinggal sebumbung dengan orang asing yang punya banyak ragam dan perangai yang berbeza. Pasti berlaku kekecohan dan huru-hara. Namun drama sebegini dapat anda lihat di dalam siri realiti Paris Hilton’s My New BFF! Inilah masanya untuk menguji kebijaksanaan, kesetiaan, tingkah-laku, kemahiran berpesta serta kecantikkan diri disamping berpeluang untuk menjadi kawan rapat (BFF) Paris Hilton.

Brittany merupakan pemenang Paris Hilton’s My New BFF untuk musim yang pertama dan Paris merasakan bahawa dia telah bertemu dengan rakan karibnya yang sebenar. Namun tanggapannya tersasar kerana setelah membawa Brittany ke dalam dunianya yang penuh dengan kemahsyuran serta berpesta di kelab-kelab mewah, Brittany telah berubah dan tidak lagi menjadi rakan yang Paris harapkan. Kini Paris terpaksa melepaskan Brittany, “Saya masih sayangkan dia, saya masih percayakan dia tetapi manusia selalu lupa diri dan cepat berubah,” kata Paris.

Paris

Kini Paris tinggal bersendirian mencari ‘BFF” yang baru. Tiga belas (13) orang gadis dan seorang jejaka mencuba nasib untuk menggantikan tempat Brittany. Sekali lagi Paris akan menguji mereka dari segi perwatakan dan personaliti serta gaya mereka berfesyen. Hanya seorang dari mereka yang layak untuk mendapat gelaran daripada Paris Hilton sebagai “kawan baik” (my new BFF).

“Satu-satunya rancangan realiti di mana seorang selebriti terkenal dalam misi mencari rakan karib (BFF – Best friend forever) yang baru! Semua peserta akan kembali ke rumah agam tersebut dengan satu matlamat – menjadi kawan karib (BFF) Paris Hilton. Siri realiti ini sememangnya berbeza dari realiti televisyen yang sedia ada,” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Paris

Kim menambah “Gelagat dan sandiwara peserta di dalam rumah sememangnya dinanti-nantikan oleh penoton. Mereka sering bertelagah dengan benda-benda yang remeh dan tugasan yang diberikan oleh Paris kadangkala tidak masuk akal. Saya bukanlah peminat Paris Hilton namun saya rasa Paris mempunyai aura tersendiri dan strategi beliau untuk kekal dalam industri hiburan sememangnya berkesan. Sebuah realiti televisyen yang pastinya menghiburkan!”

Semua perkara yang anda minat tentang musim pertama Paris Hilton’s My New BFF akan anda dapat di dalam musim terbaru ini. Paris sentiasa memerhati gelagat kesemua peserta yang bakal menjadi kawan karibnya dan penonton juga berpeluang mendegar pendapat Paris mengenai setiap peserta dari kamar tidurnya sendiri. Paris juga akan menilai mereka melalui cara mereka menyesuaikan diri di dalam kehidupan serta budaya seorang selebriti. Mereka mempunyai banyak masa untuk mempengaruhi keputusan Paris. Siapa yang bakal memenangi hati waris hotel Hilton ini?

Paris

Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih dalam rancangan Paris Hilton’s My New BFF. Empat belas orang peserta yang mempunyai pelbagai ragam tiggal di bawah satu bumbung pasti membangkitkan kekecohan. Sekuat mana pun pakatan di antara mereka pasti ada yang berpaling tadah. Penonton dapat melihat pelbagai ragam manusia, drama dan aksi yang mengjengkelkan dalam siri ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton musim ke-2 Paris Hilton’s My New BFF yang akan menemui anda setiap Selasa jam 10.30 malam, bermula 7 Disember 2010 hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Paris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010

AirAsia X Celebrates 1st Flight to Tokyo