in

Drama Nora Elena Catat Sejarah

NORA ELENA CATAT SEJARAH CECAH REKOD TERTINGGI!
1.75 juta hits video di portal Tonton

29hb Jun 2011 – Drama bersiri tempatan yang menjadi bualan ramai sehingga kini, “Nora Elena’ ke udara di slot Akasia TV3 bermula 9 Mei – 16 Jun 2011. Drama yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul “Kasih Yang Suci” menampilkan lakonan hebat Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

Mengimbas zaman lampau 10 tahun lalu, Nora Elena (Siti Saleha) yang ketika itu berumur 15 tahun telah dirogol semasa berbasikal pulang ke rumah dari sekolah. Dan kini, Nora menjalani kehidupan bahagia di bandar serta bakal berkahwin dengan Idham (Zul Ariffin). Tetapi semua keadaan mula berubah dengan kehadiran Seth Tan (Aaron Aziz) dalam hidup Nora.

Nora Elena telah mencatatkan lebih daripada 1.75 juta hits video di portal Tonton sehingga kini dan semakin meningkat. Malah, TV3 dan Tonton turut menawarkan peluang eksklusif kepada penonton untuk mendekati Erry Putra dan Aaron Aziz melalui siaran langsung Star Chat secara online pada 15hb dan 16hb Jun 2011 yang lalu. Seramai 2,925 pelayar online menyertai sesi Star Chat bersama Aaron Aziz (3-4ptg), menjadikan sesi Live Chat berkenaan hits paling tinggi dalam sejarah Alt Media. Malahan, hits video streaming untuk Live Chat berkenaan telah berjaya menduduki tangga ke-4 tertinggi dunia di platform USTREAM dengan rekod sebanyak 24,984 penonton ketika sesi tersebut.

Di atas populariti dan sambutan tinggi penonton, TV3 dan Tonton menganjurkan parti online khas untuk para peminat drama bersiri ini di “PARTI TONTON NORA ELENA” (http://live.tonton.com.my/noraelena/) yang menawarkan pengalaman hebat menonton 4 episod akhir serta kandungan eksklusif bloopers, rakaman di sebalik tabir, babak penuh tanpa suntingan dan banyak lagi. Para peminat juga boleh berinteraksi sesama mereka melalui pautan laman sosial Facebook dan Twitter di laman web! Dalam masa 7 hari sahaja (13 – 19 Jun 2011), laman web ini telah mencecah angka hits sejumlah 438,382 paparan halaman dan 492,512 hits video.

Nora Elena turut mencecah hits penonton tertinggi pada 16hb Jun 2011 bersempena episod terakhir tayangan drama bersiri popular ini. Portal web TV3, www.tv3.com.my mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak 295,309 paparan halaman yang melayari portal ini dengan sejumlah hits 116,311 pelayar disumbangkan menerusi laman web khas Parti Tonton Nora Elena. Drama bersiri ini turut menyumbang kepada hits harian tertinggi Tonton yang mencecah 444,853 paparan halaman.

Sekiranya anda terlepas menyaksikan mana-mana episod atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang drama kesukaan ramai ini, kesemua 24 episod Nora Elena kini boleh ditonton di www.tonton.com.my secara PERCUMA!

Apa yang PANAS di Tonton?
Berikut tayangan hebat yang wajib ditonton!
1. Juvana (TV3)
2. Dewa Cintaku (TV3) – menampilkan Fasha Sandha
3. Stanza Cinta (TV3) – menampilkan Aaron Aziz
4. Ana Lu’lu (TV3)
5. Cita & Cinta (TV9)
6. Bait Cinta (TV9)
7. Destiny In Her Hands (ntv7)
8. Coffee Prince (ntv7)
9. Showdown 2011 (8TV)
10. Hot Chef 2 (8TV)
11. Full House (Istimewa)

Apa yang TERBARU di Tonton?
Tonton kini boleh dilayari secara mobile di m.tonton.com.my.
• Model iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad
• Model Android 2.2 dan ke atas – Telefon pintar dan Tablet
*Akan datang – Untuk model Blackberry dan peranti mobiliti Windows

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Prebiu Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Apa Ada Pada Drama Tahajjud Cinta