in , ,

Gambar Sekitar Sidang Media The Mod Musical : Shout!

Penonton teater sekarang pandai menilai persembahan mana yang patut mereka tonton. Sudah tentu, ramai yang ingin menonton persembahan yang sangat ceria, penuh dengan warna-warni. Yang pastinya, tiket yang dibayar biarlah berbaloi dengan apa yang dipaparkan. Lebih utama lagi, apabila sesebuah persembahan itu mampu membuatkan penonton terhibur.

Kalau anda mahukan itu semua, show yang ceria, penuh dengan warna-warni, mampu menghiburkan hati, membuatkan bahumu bergoyang dengan muzik rancak dan girang… Shout! The Mod Musical mampu memberikan anda sesuatu yang istimewa.

Pada 7 Jun 2010 yang lalu, Budiey berkesempatan untuk hadir di Sidang Media The Mod Musical : Shout! di lantai 24, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Penglibatan penyanyi bertaraf diva dan superb! iaitu Ning Baizura dilihat sebagai daya tarikan utama selain menggandingkan pelakon teater yang berkaliber iaitu Joanna Bessey, Tria Aziz, Shanel Shanty James, Tisha Zarina, Chelsia Ng, Stepahanie Van Drinsen dan juga anak didik Ning iaitu Nikki turut berlakon dalam muzikal ini.

Dengarnya, Nikki akan bergelar ibu tak lama lagi. Di sidang media ini juga, Nikki telah mengumumkan yang dia sedang hamil anak lelaki. Kandungannya sekarang dah mencecah 5 bulan. Anak sulungnya ini bakal lahir pada awal bulan November ini. Seperti ibu yang lain, Nikki juga mengalami alahan yang teruk kerana tidak boleh bau makanan langsung. Kini, keadaan dah makin baik setelah masuk 5 bulan. Tahniah buat Nikki… kira kena kuat juga stamina nak menari atas pentas nanti ya. Maklumlah, ini adalah kali pertama Nikki berlakon teater.

Berlainan dengan Joanna Bessey, bekas duta Lux ini agak lambat sedikit menerima tawaran berlakon dalam teater ini disebabkan jadualnya yang agak ketat. Watak untuk Joanna agak lain kerana wataknya lebih sinikal dan berlagak.

Budiey lihat teater ini sangat mengujakan ramai peminat teater di Malaysia. Maka tak hairanlah ramai yang bertanyakan kepada Budiey kat mana nak dapatkan tiket untuk menontonnya. Ya, untuk pembaca yang ingin menonton, boleh membelinya melalui laman sesawang ini: www.klpac.com. Diskaun 10% untuk pembelian sebelum 30 Jun 2010. Jadi, lekas-lekas membelinya ya!

Harga tiket? Okay, untuk Pratonton & Matinee pada 15 Julai 2010 – RM96, RM126, RM156, RM186 dan RM216

Untuk persembahan malam pula RM115, RM155, RM185, RM215 dan RM255.

Tiket persembahan amal dan malam penaung pula boleh ditempah menerusi Broadway Academy atau melalui email [email protected] atau hubungi di talian 03-77256175

Dihoskan oleh Ayie Stailista.

Untuk pengemar teater, pastinya tahu tentang The Mod Musical : Shout! yang terkenal di peringkat antarabangsa. Dan kini, ianya dibawa ke Malaysia oleh Akademi Broadway Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Dengarnya, bukan senang untuk membawa teater ini ke Malaysia. Wakil Broadway Academy yang diasakan oleh Casey Koh ini terpaksa ke New York dan memberikan yang terbaik dan berusaha untuk membina Broadway Academy di Malaysia. Jadi, tahniah buat Casey Koh selaku Penerbit Ekskutif dan Pengarah Muzik yang telah berjaya membawa naskah muzikal terhebat ini.

Akademi ini akan melatih dan mempromosikan bakat anak muda Malaysia untuk melangkah ke dunia teater antarabangsa. Untuk itu, Akademi Broadway bekerjasama dengan rangkaian pengurusan teatrikal dan penasihat syarikat serta pasukan kreatif dari New York. Malahan Akademi Broadway turut melindungi hakcipta bakat anak Malaysia berkaitan dengan hak eksklusif.

Persembahan The Mod Musical: Shout! akan berlangsung pada 15 hingga 21 Julai ini sempena Festival Kuala Lumpur di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPac).

Di sidang media ini juga turut melancarkan Fan Club Broadway Academy. Kepada yang berminat, bolehlah melayari www.broadwayacademy.asia untuk mendaftar. Budiey diberitahu, kepada 500 orang ahli pertama yang mendaftar akan mendapat penyertaan secara PERCUMA!

Broadway Academy ini adalah sebuah syarikat yang diberi lisen oleh Broadway di New York. Berjaya ditubuhkan 8 bulan lalu. Mod pula adalah sebuah majalah popular berkonsepkan pop.

Keunikan teater ini adalah semua pelakonnya terdiri daripada wanita. Diketuai oleh Ning Baizura sebagai gadis oren, dan ada 4 orang lagi yang semua mewakili warna menjadikan watak mereka sangat berwarna warni yang ceria.

Ini adalah teater yang ke-4 untuk Tria Aziz yang kini dah pun berkahwin dan beranak pinak dah. Lama betul tak nampak pelakon ni, tapi masih maintain slim.

Turut hadir ialah orang kuat JKKN.

Tahniah Casey atas kejayaan membawa teater ini ke Malaysia

Sidang media dimulakan dengan persembahan ringkas daripada para pelakon teater muzikal ini.

Teater muzikal yang popular pada 60an di England ini menjadi fenomena dan sudah tentu penonton akan terpukau dengan 24 buah lagu runut daripada muzikal Broadway ini yang dihasilkan oleh Penerima Anugerah Drama – Philip George dan David Lowenstein.

SHOUT! akan mengembalikan era kegemilangan dan kegilaan terhadap muzik, fesyen dan kebebasan tahun 60an. Kesemua persembahan muzik melalui jalan cerita oleh kelima-lima wanita yang cintakan fesyen terkini semasa era tersebut yang menjadi fenomena di England. Sertai perjalanan tanpa henti menerusi muzikal pop dan balada yang dihasilkan oleh watak-watak seperti Petuala Clark, Dusty Springfield dan Lulu.

Teater ini mengembara dari tahun 1960 hingga tahun 1970 yang mencetuskan permulaan era liberalisasi dan kebebasan wanita. Sebagaimana Dusty Springfield, Petuala Clark, Cilla Black dan Lulu yang menjadi lambang wanita berkerjaya, berdikari, berketurunan Inggeris dan Amerika yang berusaha berhadapan dengan perubahan sikap masyarakat era itu berkaitan dengan permasalahan diskrimasi terhadap jantina.

SHOUT! merupakan rekleksi daripada perubahan ini menerusi muzik pada era itu. Kesemua kegemilangan pada era tersebut direka semula termasuklah fesyen, muzik, tarian malahan gaya rambut mengikut gaya zaman itu.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari : www.broadwayacademy.asia

Chelsia Ng

Tisha Zarina

Ning sebagai Orange Girl yang menjadi ketua dalam group ini.

Shanel Shanty James

Stephanie Van Driesen

Joanna Bessey

Casey Koh selaku Penerbit Ekskutif & Pengarah Muzik

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ana Raffali Lancar Album Ketika Aku Kecil

Samsung Wave First BADA Smartphone Hits Malaysia