in ,

Ana Raffali Lancar Album Ketika Aku Kecil

Pada jam 3 petang kelmarin, Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Bt Mohd Raffali telah melancarkan album penuh sulungnya di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak 2, Kuala Lumpur.

Album ini mengandungi yang mengandungi 6 buah lagu ini diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Ketika Aku Kecil adalah karya sepenuhnya oleh Ana Raffali di mana lagu dan lirik adalah ciptaan beliau sendiri. Antara lagu yang terkandung dalam album ini ialah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Cuba Jangan, Tolong Ingatkan Aku, Ketika Aku Kecil, Biarkan Kau Terlepas dan Bentes.

Budiey dah pun dengar semua lagu-lagu Ana Raffali dan ternyata benarlah kata komposer Aidit Alfian yang mengatakan lagu ciptaan Ana Raffali sangat matang dan bebas. Walaupun tanpa diterapkan elemen seperti lagu cinta yang leleh lain, namun lagu ciptaannya sangat sedap didengar.

Album ini sudah pun menjengah pasaran tempatan pada penghujung April 2010 yang lalu.

One Comment

Leave a Reply
  1. Nasib baik kali ni takde lipstick melekat kat gigi time Ana nyanyi…hehehe..
    Anyway, all da best!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Janji Kekasih Lakonan Jue Aziz, Ayu Raudhah

Gambar Sekitar Sidang Media The Mod Musical : Shout!