in

Gambar Sekitar Shane Filan Fan Meeting di Malaysia

Sempena dengan kunjungan penyanyi dari Westlife yang kini bergerak secara solo, Shane Filan di Malaysia, satu pertemuan Fan Meeting bersama peminat telah diadakan di 1 Utama, Tingkat 1, Highstreet berdekatan dengan store Topshop. Budiey lihat ramai sekali peminat tegar Shane Filan telah hadir dan memenuhi ruang tingkat 1 seawal jam 5 petang lagi.

Kepada yang belum kenali Shane, beliau adalah penyanyi kumpulan popular Westlife, kumpulan yang ditubuhkan pada 1998 sebelum dibubarkan pada tahun lalu yang turut membariskan empat lagi Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily.

Peminat yang hadir sanggup beratur panjang semata-mata mahu bertemu dengan Shane Filan dengan membeli album terbaru You and Me standard atau Deluxe Album dan mereka akan dapat tandatangan Shane Filan serta beramah mesra bersama penyanyi itu.

Untuk info pembaca, album You and Me adalah album yang menceritakan banyak perkara mengenai hidup Shane Filan sendiri terutama tentang kisah cinta bersama isterinya, Gillian Walsh. Baginya, selain jadi kekasih, Gillian juga adalah ibu kepada anaknya Nicole Rose Filan, 8, Shane Peter Filan, 5 dan Patrick Michael Filan. Shane bernikah dengan Gillian pada 2003.

Pertemuan dengan peminat buat pertama kali ini secara solo membuktikan nama Shane Filan masih abadi di hati peminatnya. Budiey tengok ada peminat yang menangis teresak apabila dapat berpeluk dengan Shane Filan.

Shane turut mendendangkan dua buah lagu baru yang terkandung dalam album You and Me.

Budiey turut mendapat peluang untuk menemubual Shane Filan secara eksklusif pada hari Ahad lalu. Klik play video di atas ya. Enjoyz!

Shane Filan (formerly from Westlife) Autograph Session. Details below:-   Date:   8th November 2013 Time:   8.30pm Venue: 1Utama, First Floor, Highstreet (next to Topshop)   Shane will be performing couple of songs from his new album “You And Me”.

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

Shane Filan Fan Meeting

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Izzue Islam Dalam Drama Bersiri Aku Tak Percaya Cinta

ntv7 Receives Highest Nominations 18th ASIAN TV AWARDS