in ,

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aizat AF5

Sejurus selepas Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti – 9 September, Budiey dan Rizal terus bergegas ke Rumah Terbuka Aizat AF5 yang diadakan di kediaman Aizat yang terletak di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor. Jam 3 petang, tanpa sebarang masalah, Budiey tiba di perkarangan rumah Aizat dengan disambut mesra oleh orang kuat Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Begitu ramai peminat, sahabat dan famili Aizat yang datang tidak putus-putus menjadikan open house yang pertama kali diadakan ini nampak meriah sekali. Makanan dan hidangan untuk tetamu juga sedap-sedap belaka. Mahu saya bedakan dengan Open House KRU minggu lepas? Huhu… pastinya makanan di sini jauh lebih sedap dan lebih mewah daripada rumah terbuka KRU yang hanya menjamu meehun dan karipap?

Selain dari murtabak, saya suka makan satay dan laksa penang yang katanya semua masakan disediakan oleh pihak catering yang ditempah khas. Mesti banyak budget yang keluar, kan? Kepada Aizat AF5, terima kasih kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.

Budiey juga sempat bertemu dan berborak dengan pelakon drama Kerana Cintaku Saerah, Isma Yusoof yang kini sedang sedang bersiap sedia untuk menjalani pengambaran drama seram ala Saka terbitan astro, GAIA selain sibuk menjadi pereka poster untuk filem terbaru Afdlin Shauki, Papadom; sebuah cerita tentang seorang bapa, seorang anak dan papadom?

Aizat Tembusi Indonesia?
Aizat, pendatang baru dalam dunia seni yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia dikhabarkan akan menjalani proses rakaman di Indonesia bagi projek album terbarunya, di bawah bimbingan penyanyi terkenal Indonesia, Kerispateh. Belum-belum apa-apa lagi Aizat sudah mahu tembusi pasaran Indonesia? Sanggup ke Indonesia semata-mata untuk mencari lagu? Mungkin Aizat bersependapat dengan Anuar Zain yang sentiasa inginkan produk yang terbaik selain dapat menimba pengalaman di sana.

Menurut pengurus Aizat, Kerispateh pada dasarnye telah bersetuju untuk bekerjasama dalam melahirkan album terbaru Aizat ketika pertemuan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun Aizat seorang artis baru, namun mereka bersetuju menyumbangkan material dan merakamkannya di Indonesia. Soalnya mengapa terlalu sukar untuk mendapatkan bantuan daripada komposer tempatan? Apakah masalah duit, tiada masa diskriminasi atau perasaan prejudis komposer kita?

Untuk pengetahuan pembaca, album terbaru Aizat dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Dengan mempertaruhkan 4 lagu yang diciptakan sendiri oleh Aizat serta selebihnya adalah ciptaan komposer tempatan termasuk Ajai, Pacai dan Indonesia yang turut sudi menyumbangkan lagu mereka di dalam album ini.

Sesuatu yang teristimewa untuk peminat, Aizat juga teruja untuk menyampaikan sebuah lagu dalam bahasa Jepun yang cukup menyentuh perasaan ala-ala lagu Miraie? Hanya tunggu sahaja bagaimana rentak lagunya. Kos pembikinan album ini akan ditanggung bersama, di antara Maestro Records dan Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd, syarikat milik Aizat sendiri.

Selain lagu Sahabat, single terbaru Aizat – lagu Hanya Kau Yang Mampu sedang galak diputarkan di corong-corong radio seluruh Malaysia.

aizat open house

aizat, budiey, anne, shook

open house aizat

isma yusoof pic

[tags]gambar aizat af5, profile aizat af5, akademi fantasia 6, album terbaru ramlah ram, aizat gossip, zahid cinta nita, tunang aizat, aizat di indonesia, kerispatih album, taufik komposer lagu, macam-macam aznil jadual rakaman, open house selebriti, catering paling sedap, resepi satay, sate haji masur, ampang point, bowling tournement alamorphosis bts[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos Zac Efron Low Rise Jeans at Sunset Gower Studios

Sinopsis Filem Nana Tanjung 2 Lakonan Fasha Sandha & Saiful Apek