in ,

Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?

Malam tadi, episod pertama drama Kerana Cintaku Saerah telah menemui penonton di TV3 jam 10.30 malam. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini dimulakan dengan intro yang memaparkan secebis cerita dan kenangan Jibek dan Saerah di zaman kanak-kanak. Mereka bersahabat baik. Siap dah janji nak kahwin sama dan berpakat nak namakan anak mereka dengan Mary dan Siti. Lakonan Benji untuk watak remaja terencat akal, otak track, lurus bendul atau lembab pemikiran atau dalam bahasa kasar otak kureng sikit tu macam nampak real je. Kekadang saya tengok kesian lak dengan watak cam tu.

Lakonan Umie Aida memang tak pernah menghampakan saya. Lama tak tengok Umie Aida, bekas kekasih Aqasha ni berlakon drama bersiri dan pegang watak gadis kampung yang miskin. Lakonan Isma Yusoof memang nampak kelakar giler sebab tak pernah tengok Isma jadi kruk gengster bergigi jongang cam tu. Watak ini jauh dan lari menyimpang dengan jiwa sebenar Isma. Totally watak Jenal tu bukan Isma yang sebenarnya. Well done, Isma. Tapi memang sedih jugak la tengok masa scene Mak Saerah kena aniayai dek kekejaman yang dilakukan oleh Makcik Ros masa menagih hutang piutang. Gile punya diorang ni buat cam Ah Long versi kampung lak minta hutang.


Making of Drama Kerana Cintaku Saerah

Muzik latar yang menggunakan seruling menambahkan lagi suasana kesedihan dan kesayuan. Bercakap pasal kesayuan, drama ini akan berlanjutan hingga detik umat Islam merayakan Aidilfitri yang mulia nanti. Mesti bertambah sayu jadinya, kan? Instrumental untuk lagu tema Seribu Tahun Lagi dendangan Imran Ajmain juga memang kena dengan tema cinta, kesetiaan dan pengorbanan dalam drama ini.

Anda sudah menontonnya malam tadi? Apa kata anda pula?

Lawati laman web drama Kerana Cintaku Saerah di:
http://saerah.radiusone.com.my

Berita terbaru, Isma Yusoof akan berlakon dalam drama bersiri Abang, Mak Panggil Balik. Tahniah! Isma… bertambah lagi rezeki member saya ni. Drama terbitan Radiusone Sdn Bhd ini akan menggandingkan Isma Yusoof dan Rusdi Ramli. Isma Yusoof memegang watak lelaki Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari isterinya.

foto kredit: Radiusone Sdn Bhd [tags]drama kerana cintaku saerah, drama kerana cintaku saerah, sinopsis kerana cintaku saerah, pelakon drama kerana cintaku saerah, gambar pelakon drama, gambar umie aida, gambar sharifah shahora, drama bersiri Abang, Mak Panggil Balik, rusdy ramly, lakonan bapok, waris jari hantu download, mak nyah di lorong, kisah gadis kota, gadis lupa diri, gambar benjy, taiping perak, lirik setahun lagi imran ajmain, Shahrulezad Mohameddin, pengarah sharulezad, drama mas kahwin astro, tips menulis skrip drama, sinopsis drama, kesudahan emil emilda, slot samarinda tv3, kasih suci, Radiusone Sdn Bhd, otak lembab, anak luar nikah, seks luar nikah, cerita seks luar nikah, filem seks luar nikah tempatan, merawat sakit gila, artis kena tangkap khalwat, cerita khalwat, gossip umie aida, gossip erra fazira, gosip artis malaysia, cerita sexy melayu, gambar pembaca berita tv9 amin hayat, sabul rumah tumpangan, penyakit minda perlahan, memo booster, Benjy, Umie Aida, jamie lynn spears, paris hilton, nurfazura kasih suci, Noorkhiriah, Wan Maimunah, Isma Yusoof, Sharifah Shahora, Engku Faridah, Mubarak Majid, Ezani dan Amy Suraya. klinik gigi palsu, tips memutihkan gigi, jibek, novel jibam, motor baru modenas, gambar motor baru Eleganeers, sawah padi, gambar sawah padi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Otai Lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz

Lagu Tak Bisa Memilihmu di Carta Era & Opening Act Konsert Samsons