in

Gambar Sekitar Konsert ERAVAGANZA di Melaka

ERA fm menggemparkan muzik-muzik terbaik secara langsung dan percuma buat para penonton yang hadir pada malam Sabtu lalu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris, Forteen, Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA.

[dropcap]S[/dropcap]ebagai pembuka pentas ERAVAGANZA, Soo Wincci menyanyikan sebuah lagu popularnya dan diikuti oleh penyanyi dari seberang, Shae, yang popular dengan lagu Sayang. Telatah lucu Shae bersama penyampai ERA fm Johan di atas pentas membuatkan orang ramai tidak kering gusi. Selain itu, Forteen, W.A.R.I.S dan Najwa Latif turut memeriahkan pentas Konsert ERAVAGANZA! Penyanyi Black, turut menghiburkan penonton dengan lagu terbarunya Takkan Terpisah serta dua lagu popularnya Sofea Jane dan Teman Pengganti.

Konsert Era

[pullquote align=”right”]Forteen yang telah menyanyikan dua buah lagu popluar mereka Bedua Bersatu dan Sepeti Dulu dan membuatkan semua penonton terpegun melihat persembahan mereka.[/pullquote]

Diajak menyanyi bersama, warga Melaka yang sangat ramah turut menyanyi bersama-sama penyayi muda W.A.R.I.S yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted , Botingkek dan terbaru nyanyiannya bersama penyampai ERA fm berjudul Kito Monang (Satu ERA).

Permulaaan W.A.R.I.S dan DJ Fuzz di atas pentas, dengan menyanyikan lagu Kito Monang (Satu ERA ) bersama – sama penyampai ERA fm itu, secara tidak langsung radio ERA fm merasmikan Muzik Video lagu mereka berjudul Kito Monang Satu ERA.

Barisan artis lain yang turut tampil bagi memeriahkan konsert pada malam Fiest Muzik & Bola ERAVAGANZA telah memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara – acara yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri. Menggamitkan lagi suasana pentas ERAVAGANZA , apabila penyanyi yang di datang khas dari Indonesia, Firman beraksi di atas pentas dengan menyanyikan lagu popularnya Jangan Pikirin Abang. Paling teruja, apabila penyanyi Indonesia ini memikat hati penonton dengan persembahannya yang menyampaikan lagu Rindu Serindu Rindunya yang pernah di popularkan oleh kumpulan Spoon dan juga I Dont Wanna Talk About You nyanyian asal Rod Stewart.

Persembahan terakhir sebagai penutup acara pada malam itu, Faizal Tahir memberikan persembahan yang penuh bertenaga kepada penonton yang hadir pada malam tersebut. Sebanyak 4 buah lagu yang di sampaikan oleh Faizal Tahir sebagai tanda penghargaannya kepada peminatnya dia Melaka, antara lagu yang telah dinyanyikan adalah lagu terbarunya berjudul Vortex.

Kemeriahan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang berlangsung pada 31 Ogos di anggap sebuah sejarah yang telah dilakarkan dengan jayanya di Bandar Bersejarah. Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos, ERA fm juga melaungkan semangat kemerdekaan negara bersama peminat dengan adanya kemeriahan pancutan bunga api selesai sahaja persembahan – persembahan oleh para artis popular pada malam konsert yang bermula berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

Konsert Era

ERAVAGANZA

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar

Home Theatre Experience with Samsung AirTrack