in ,

Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar

Muncul sebagai setesen radio No 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang, THR Gegar sentiasa menceriakan pendengarnya dengan pelbagai program bersama pendengar! THR Gegar pada tahun ini menyajikan lagi hiburan percuma buat pendengar mereka. Konsert THR Gempak Gegar pada tahun ini memilih lokasi Padang Astaka, Taman Bandar, Kemaman, Terengganu sebagai pilihan untuk menganjurkan konsert tersebut. Acara yang bakal berlangsung pada 6 September 2013, Jumaat ini pada jam 4. 30 petang yang melibatkan seluruh warga THR Gegar bersama- sama memberikan yang terbaik buat pendengar mereka.

Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar

[pullquote align=”right”]Ainan Tasneem, Kumpulan Khalifah, Saleem dan ramai lagi bakal menggegarkan pentas THR Gempak Gegar Jumaat ini![/pullquote]

Selain itu, barisan penyampai THR Gegar seperti Nasa, Suzana, Rezlynn, Zura , Nazz, Shah dan Ewan akan turun padang pada acara tersebut. Mereka bakal menjadi tonggak utama bagi menjayakan konsert ini dengan penuh kemeriaha.

Kata Pengurus Saluran THR Gegar, Azaari Atan:

“Keluarga THR Gegar sentiasa menceriakan pendengar setia kami yang tidak henti – henti memilih kami sebagai radio pilihan hati mereka. Kali ini, kami memilih lokasi Kemaman untuk mengadakan Konsert THR Gempak Gegar kerana kami percaya bahawa THR Gegar kini semakin mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Terenganu, Kelantan dan Pahang sahaja, malah jika dahulu pendengar boleh mendengar frekuensi THR Gegar melalui radio dan saluran Astro, kini di dimana – mana sahaja boleh mendengar kami dengan aplikasi THR Gegar yang perlu di muat turun.”

Khas buat semua peminat dan pendegar THR Gegar, pada konsert kali ini menampilkan beberapa barisan artis ternama negara seperti Ainan Tasneem, Saleem, kumpulan Khalifah. Mereka bakal berada di Padang Astaka, Taman Bandar Kemaman Terengganu pada hari tersebut untuk berjumpa dengan peminat di sana. Antara artis lain yang turut membuat persembahan adalah persembahan dari Rosalinda, Lantana, dan E.Y.E.

Pelbagai aktiviti menarik turut di adakan pada hari tersebut! Jangan lepaskan peluang anda berjumpa dengan para penyampai THR Gegar dan barisan artis yang bakal menggegarkan pentas THR Gempak Gegar di Kemaman!

Pastikan temujanji anda bersama THR Gegar pada hari Jumaat ini 6 September jam 4. 30 petang di Padang Astaka, Taman Bandar Kemaman, Terengganu!

Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar
Ainan Tasneem, Khalifah, Saleem di THR Gempak Gegar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teka Siapa Lelaki Misteri & Menangi Ganjaran di Escape

Gambar Sekitar Konsert ERAVAGANZA di Melaka