in ,

Gambar Sekitar Jelajah Komedi Sinar di Melaka

Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di Melaka terima sambutan luar biasa! Siri kedua Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di Mydin MITC, Melaka hangat dengat sambutan luar biasa dari lebih 4,000 orang penonton!

Penonton telah mula membanjiri perkarangan Mydin MITC, Melaka seawal jam 11 pagi dan terus setia berdiri dan memberi sokongan padu untuk melihat para penyampai dan pelawak kesayangan mereka sehingga tamat kira-kira jam 5 petang.

Selain para penyampai SINAR fm, Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA siri kedua ini telah dimeriahkan oleh pelawak-pelawak seperti Jep, Shiro, Jambu dan Bocey. Turut bersama di atas pentas yang sama adalah penyanyi undangan Ramlah Ram dan juga Alyah.

Menurut Rizal Sahimy selaku Pengurus Kandungan Stesen SINAR fm,

“Sambutan di Melaka sangat meriah! Orang Melaka sangat sporting dan tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada siri jelajah ini. Kami berasa gembira dan berterima kasih kepada semua orang Melaka.

Acara jelajah seperti ini juga memberi peluang kepada semua penyampai SINAR fm untuk turun padang dan bertemu dengan peminat mereka selain hanya mendengar suara mereka di radio. Penyatuan para penyampai dan pelawak-pelawak juga membolehkan mereka memberi nasihat-nasihat berguna serta bermanfaat melalui komedi kepada peminat selain berhibur.

Kami di SINAR fm akan terus menjadi stesen radio yang memperjuangkan kehendak-kehendak pendengar dan memberikan yang terbaik.”

Antara barisan pelawak yang akan memeriahkan Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di lokasi seterusnya ini adalah Jambu, SYJ, Shiro, Bocey dan juga Jep.

Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA bakal bersambung dan akan menutup tirai di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April 2014 nanti!

Bocey

Shiro

SY, KE, Jep

Jambu

Ramlah Ram

Crowd

With Kawan Paratha Team

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Blues Buat Teman Tour 2014

KKBOX Tawar Perkhidmatan Muzik Tanpa Henti