in

Konsert Blues Buat Teman Tour 2014

Konsert Blues Buat Teman Tour 2014 bakal berlangsung pada 2 Mei ini di Persada Johor Bahru jam 8 malam. Peminat yang hadir bakal disajikan dengan persembahan daripada Ramli Sarip bersama rakan-rakannya yang terlibat dalam album RAMLI SARIP LIVE 2000. Antaranya, Man Kidal, Tom Anuar, Fauzie Zain, Roza Rasul dan Paang Zaman. Konsert ini menjanjikan satu persembahan menarik dan lebih intim. Menurut Ramli Sarip, beliau turut mengundang Yazid Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga Allahyarham Samad Mian yang mana mereka akan diberi bantuan dan sumbangan.

Lagu yang dinyanyikan adalah daripada permintaan penonton dan sesuai untuk semua lapisan. Konsert ini juga menyelitkan satu segmen khas buat mengenang tragedi MH370. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Kau Yang Satu, Perjalanan Hidup, Hilang Gelap Timbul Terang dan banyak lagi. Ramli Sarip turut menyelit kata-kata positif dan motivasi buat penonton yang hadir.

Ramli Sarip bakal tampil bersama Ayai Ilusi sebagai artis undangan. Sebahagian tiket masih lagi dijual dan peminat boleh mendapatkannya dengan segera. Sebahagian tiket juga akan disumbangkan bagi mengisi tabung Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Konsert ini akan dirakam dan akan diterbitkan dalam bentuk program travelog untuk siaran sebuah stesen TV.

Sebagai persembahan penutup konsert ini, Ramli Sarip akan menyampaikan sebuah puisi khas berjudul Blues Buat Teman.

Tiket untuk menonton persembahan ini berharga RM65 dan boleh didapati menerusi laman web www.ilassotickets.com

Konsert Blues Buat Teman Tour 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan Forteen Buat Peminat di Konsert Kita 20Forteen

Gambar Sekitar Jelajah Komedi Sinar di Melaka