in

KKBOX Tawar Perkhidmatan Muzik Tanpa Henti

Peminat muzik didekatkan dengan artis kegemaran mereka melalui akses kepada pustaka muzik paling komprehensif di Asia. KKBOX, menetapkan kehadirannya di Asia sebagai sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama, dengan mengumumkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan, yang hanya boleh didapati di Malaysia dan direka khas buat penggemar muzik. Dengan pelan harga serendah RM1, para pengguna kini boleh menikmati muzik tanpa had, dan juga akses koleksi muzik melalui telefon pintar, komputer peribadi dan tablet di atas dan di luar talian.

Kkbox

KKBOX MENAWARKAN PERKHIDMATAN MUZIK TANPA HAD DENGAN HARGA SERENDAH RM1 SEHARI!

Pada 17 April lalu, telah berlangsung pelancaran KKBOX di Hotel Maya pada jam 3 petang. Antara selebriti yang hadir Awi Rafael, Pesawat , Hafiz Hamidun, Salamusik, Nadia Adha, Dina Nadzir, Asmidar, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Dengan mewujudkan ‘citarasa tempatan’ dalam kesemua kandungannya yang didapati secara dalam talian (online) melalui Antarmuka Pengguna atau User Interface (UI) baru berdedikasi yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, KKBOX memperkenalkan ciri-ciri dan aktiviti-aktiviti unik untuk para pengguna dimana mereka dapat berinteraksi, berkongsi muzik dan bernyanyi bersama-sama dengan artis tempatan yang paling disayangi.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif KKBOX, En. Chris Lin berkata:

“Kami percaya dalam merapatkan hubungan pegguna melalui muzik kegemaran yang dikongsi, dan kami sentiasa membandingkan prestasi dengan saingan melalui pengenalan sebuah perkhidmatan muzik yang lain Sebagai sebuah syarikat yang telah berkembang ke pelbagai negara, kami yakin bahawa cara terbaik untuk melibatkan pelanggan tempatan adalah dengan mengatasi halangan, dan membenarkan muzik untuk berbahasa!”

”Sebahagian daripada usaha kami dalam menyetempatkan kandungan, KKBOX kini bekerjasama dengan label mejar dan indie, serta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Perlindungan Karya Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP).

Antara ciri-ciri menarik yang boleh didapati di KKBOX adalah ‘Lirik Bergerak’, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman berkaraoke serta merta dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke mudah alih.

Selain itu, ciri bernama ‘Dengar Bersama’ disediakan di mana pengguna dan artis dapat mendengar muzik secara lansung bersama-sama, dan berinteraksi dengan lebih mesra melalui perbualan social dan perkongsian muzik. Sejauh ini, KKBOX telah bekerjasama dengan lebih dari 1000 artis merentasi Asia seperti FTISLAND, Mayday dan Jay Chou. Tidak lama lagi, artis-artis Malaysia kegemaran pengguna juga akan dilibatkan dalam ciri istimewa ini.

KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang menyediakan pelbagai kandungan editorial khas untuk pasaran tempatan. Ini membolehkan pengguna-pengguna Malaysia untuk mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert, serta ulasan langsung.

Kkbox

Sejak pelancarannya yang pertama di Taiwan 10 tahun lalu, lalu berkembang luas ke Hong Kong, Singapura, Jepun, Thailand, dan Malaysia – KKBOX kini telah berjaya mencipta nama sebagai perintis muzik di pasaran muzik atas talian (online). Dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar, KKBOX memiliki pustaka muzik gergasi yang menampilkan adunan lebih 10 juta lagu daripada lebih 500 label antarabangsa dan tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KKBOX Malaysia di www.kkbox.com dan Facebook Page rasmi: KKBOXMalaysia. Let’s music!

Kkbox

Kkbox

Tentang KKBOX
KKBOX merupakan penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama di Asia. Menampilkan lebih daripada 10 juta runut muzik dan melebihi 500 penerbit dan label-label muzik mejar dan tempatan, KKBOX juga memiliki perpustakaan muzik Cina yang terbesar di dunia. Dengan pelancarannya yang pertama di Taiwan pada tahun 2004, KKBOX berkembang ke Hong Kong pada tahun 2009, lalu mengakibatkan tambahan langganan yang mendadak. Dengan kejayaan ini, pada Disember 2010 syarikat telekomunikasi gergasi Jepun, KDDI Group, telah mendapatkan majoriti saham yang diterbitkan KKBOX; dan pada Mac 2011, KKBOX menerima pelaburan dari HTC, peneraju dunia bagi inovasi dan reka bentuk telefon pintar.
Dengan teknologi keluaran yang maju, perkongsian ekuiti yang strategik, dan komitmen untuk merapatkan masyarakat dengan muzik dan artis-artis kegemaran; KKBOX telah berkembang dengan agresif ke pasaran Asia yang lain. Menawarkan permintaan muzik tanpa had di Taiwan, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand dan Malaysia; pelanggan boleh menyimpan (cache) atau menstrim (stream) muzik secara atas talian (online) ke PC dan telefon pintar mereka untuk akses luar talian (offline). Perkhidmatan ini mengandungi perpustakaan muzik dalam talian dan majalah muzik cetakan, dan juga menawarkan koleksi eksklusif temubual artis dan berita hiburan dan komuniti bagi menjana dan menjaga minat pengguna terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Dikeluarkan oleh: RougePR (milik penuh Rouge Creative Boutique (M) Sdn Bhd) Bagi pihak: KKBOX (Malaysia) Sdn Bhd

FAKTA PRODUK
KKBOX adalah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama di Asia, menampilkan lebih daripada 10 juta lagu dari 500 label antarabangsa, dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar. Ia bukan sahaja menyediakan pilihan untuk penstriman (stream) muzik melalui Telefon Pintar, PC dan Tablet, malah ianya juga boleh memuat turun muzik ke peranti mereka. Selain itu, KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang membolehkan pengguna mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert, serta ulasan langsung.

Muzik Tanpa Had
Dengarkan lebih daripada 10 juta lagu yang menampilkan pelbagai adunan terkini yang terdiri dari lagu antarabangsa, Melayu, Cina, Korea dan Jepun, bersama dengan karya-karya agung klasik dan hits ‘evergreen’. Keluaran baru dan maklumat dikemas kini setiap hari, supaya peminat muzik sentiasa ada sesuatu yang baru untuk diterokai.

Muzik Dimana Saja
Nikmati akses muzik tanpa had merentasi pelbagai peranti termasuk Telefon Pintar, PC dan Tablet. Senarai lagu diselaraskan semua peranti anda secara automatik, membolehkan pengguna mendengar senarai lagu kegemaran mereka di mana saja, dan pada bila-bila masa.

‘Dengar Bersama’ Artis
Dekati artis kesayangan dan rakan-rakan melalui fungsi rangkaian sosial baru KKBOX bernama ‘Dengar Bersama’, di mana pengguna mampu berbual dan strim muzik bersama rakan atau artis-artis kegemaran secara langsung. Ciri ini juga memberikan peluang kepada para artis untuk lebih mendekati peminat, melalui perbualan chat sosial dan perkongsian muzik.

Karaoke Secara Spontan
Kongsi Muzik
Berkongsi muzik tidak pernah sebegini mudah. Pengguna hanya perlu log masuk melalui akaun Facebook atau Twitter untuk berkongsi lagu kegemaran, album dan senarai lagu bersama kawan-kawan. Rakan-rakan akan menerima notis secara automatik melalui Facebook atau Twitter tentang lagu yang sedang didengar.

Pengguna
berkaraoke serta merta dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke yang mempamerkan ‘Lirik Bergerak’ untuk lagu- lagu kegemaran. Ciri ini memberikan pengalaman menyanyi bersama-sama yang cukup hebat di mana pengguna boleh mengadakan pesta karaoke spontan di mana sahaja boleh menikmati pengalaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Jelajah Komedi Sinar di Melaka

Gambar Sekitar Planet Gempak Ola Bola Astro