in ,

Benjy Anak Azean Irdawaty Meninggal Dunia di Medan Akibat Serangan Asma

Berikut berita pelakon Benjy yang telah menghembuskan nafas terakhir di usia 43 tahun akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Berita pemergian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim tular pada hari ini di kalangan rakan artis dan ia dipercayai daripada makluman bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi. Khairil berkata, dia menerima panggilan telefon daripada rakan arwah kira-kira 11 pagi tadi melalui mesej yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ben meninggal dunia di sebuah hospital di Medan akibat serangan asma, hari ini,”

– BENJY IBRAHIM

Berita bekas pelakon, Benjy Ibrahim meninggal dunia pagi tadi mengejutkan dunia seni tanah air tidak terkecuali dari negara seberang.

Pemergian Benjy pada usia 42 tahun akibat sakit asma diratapi semua sahabat dan rakan artis yang turut mengucapkan salam takziah buatnya.

BENJY IBRAHIM

Meninggal Dunia di Medan, Indonesia

Menurut laporan dari Astro Awani, anak lelaki kepada Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada hari ini, Ahad 11 Julai 2021.

Selepas mendengar khabar berita duka ini, difaham ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

BENJY IBRAHIM

Sudah Lama Mengalami Masalah Asma

Sebelum pemergian Benjy, Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah sempat menghubungi aktor berbakat ini. Katanta Benjy mengalami masalah asma dan alat sedut (inhaler) yang dia perlukan kosnya agak mahal di sana.

Menurut Hafiz, harganya sekitar RM300 dan pihak penjara tidak menyediakan ubat ini kerana jenis yang digunakan itu bukan seperti biasa.

BENJY IBRAHIM

Mula Merasa Tertekan Di Penjara Medan Indonesia

Seperti yang dilaporkan di Astro Awani, pada Disember 2018, Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan. Ini disusuli kunjungan Mohd Hafiz yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit, April tahun 2019.

BENJY IBRAHIM

Dalam pertemuan itu, Hafiz bimbang akan kesihatan mental Benjy yang telah lebih tiga tahun menerima hukuman di penjara itu. Kataya, pada masa itu Benjy dikatakan dia agak tertekan. Ini kerana penjara di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan fasiliti, keselesaan  dan cara layanan dan sebagainya di Malaysia.

Hukuman 11 Tahun Penjara

Untuk info, Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia. Benjy dituduh memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

BENJY IBRAHIM

Meninggalkan Anak Berusia 16 Tahun

Kepada generasi baru yang tak kenel dengan Benjy, beliau merupakan seorang pelakon lelaki popular pada era 90an di Malaysia. Pernah menjulang trofi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin TV3. Beliau merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty. Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Dia berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Leen namun bercerai pada tahun 2013 dan mempunyai seorang anak, Firdaus Juan Benjamin berusia 16 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sari Yanti & Jep Sepahtu Sambut Hari Jadi Anak Sulung Ke-11 Tahun

Fendy Caliph Buskers Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Mohon Rumah PPR