in , ,

Gambar Persembahan Terbaik Hafiz Anugerah Juara Lagu Ke-28

Hafiz Suip

Budiey dahulukan dengan ucapan sekalung tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-28 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Persembahan rata-rata dibuat sehabis baik. Ternyata lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku memikat hati juri profesional untuk dijulang sebagai juara AJL ke 28. Tahniah LY & Baiduri sebenarnya. Sedia kita ingatkan, Hafiz sekadar menyampaikan lagu tersebut dan juara yang sebenarnya adalah kepada pencipta lirik dan lagunya. Selain trofi, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM35,000.

Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet. Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Penyanyi Jaclyn Victor memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut. Jaclyn membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Walaupun tak menang persembahan vokal terbaik, Hafiz turut diiktiraf untuk kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. Penyanyi itu menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Namun, selepas keputusan diumumkan, Budiey ada banyak baca komen dari media sosial yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh penonton sendiri. Kata mereka, hanya letak pokok tak berdaun yang lari dari tema Game On, lagu ini boleh menang. Apa-apa pun, sebenarnya ini dipilih oleh penonton, kan?

Budiey jangkakan, jika tiada Jaclyn Victor, pastinya Hafiz akan membolot trofi persembahan vokal terbaik AJL28. Setuju?

Jom tengok gambar-gambar menarik Hafiz Suip yang dirakam oleh Taqiyuddin Ariffin Photography.

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Budiey lagu yg dicipta indah pun X akan didengar n diminati kalau X d nyanyikan oleh penyanyi yg hebat. So keduanya adalah pemenang bersama. Peace no war

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Media Prima Digital & Rangkaian Radio Media Prima Perkenal Tonton Music

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Grammy ke-56