in

Gambar Pernikahan Fifi dan Feriz Omar

Pengacara terkenal, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Feriz Omar, 37, yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pada 8 Ogos 2008.

Selain menerima wang hantaran RM50,000, bekas pengacara rancangan Bersamamu TV3 itu juga menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran berwarna emas daripada Feriz. Fifi, 25, pula membalas sembilan dulang hantaran berwarna perak antaranya sirih junjung, bunga rampai, kek, buah-buahan dan minyak wangi. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada pukul 9.30 pagi.

Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula bercambah pada penghujung Mac lalu sejak pertemuan pertama mereka di TV9 pada tahun 2006. Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, Fifi dan Feriz tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana kelancaran majlis tersebut.

“Syukur pada Allah kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar, doakanlah agar jodoh kami kekal selamanya. Fifi sudah buat keputusan, selepas ini akan lebih fokus kepada keluarga dan bidang pengacaraan. Untuk lakonan, insya-Allah drama Qasidah Buat Laila adalah yang terakhir Fifi lakonkan,” katanya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada 17 Ogos 2008.

Pasangan tersebut kemudiannya akan bertolak ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berbulan madu sambil mengerjakan umrah.

Dari pengacara, Fifi bergelar pelakon pula setelah muncul dalam drama bersiri Tentang Bulan. Dalam Tentang Bulan The Series arahan Mazri Mustafa itu, Fifi berlakon sebagai guru di sebuah sekolah di kampung.

Kredit foto dari: Minaq Jinggo Fotopages

Untuk gambar perkahwinan Fifi, sila layari:

http://budifoto.blogspot.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini