in ,

Gambar Nurin Jazlin Jazimin Hil4ng, Kini Telah Ditemui

Saya terpanggil untuk menulis entri ringkas tentang Nurin Jazlin Jazimin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak yang hilang atas rasa simpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak yang berusia 8 tahun ini.

Pada 20 Ogos Nurin dikatakan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.

Dalam kejadian yang lain, Isnin lalu, mayat budak perempuan tidak berbaju yang disahkan mangsa ditemui dalam sebuah beg sukan di Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama.

Kasihan sungguh apabila mendengar kem4luan dan d*b*r mangsa perbuatan ini disumbat dengan terung dan timun.

Setelah Ujian asid deoksiribonukleik DNA dijalankan, didapati mayat tersebut mempunyai DNA yang sama dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin. Khabarnya, dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa.

Namun, ianya dinafikan oleh bapa Nurin Jazlin Jazimin atas sebab fizikal mayat tidak sama dengan anaknya. Begitu juga dengan polis yang masih belum mengesahkannya dan pemeriksaan DNA kedua akan dibuat.

Nasihat saya kepada ibu bapa di luar sana, jagalah anak-anak anda baik-baik. Jangan dibiarkan anak anda keluar bersendirian. Terapkan nilai-nilai masyarakat yang positif dalam jiwa mereka. Ibu bapa kini perlu juga membuat penilaian semula, amalan negatif mana yang patut dibuang kerana tidak lagi sesuai dan boleh mengundang bahaya.

Melihat kepada gambar Nurin Jazlin Jazimin dan gambar may4t gadis yang didera itu, kemungkinan besar m4yat tersebut adalah Nurin Jazlin Jazimin. Kini, kita hanya menunggu pemeriksaan DNA yang kedua dijalankan.

Updated: Bapa Tuntut M4yat Nurin

Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut m4yat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut m4yat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan pender4an seksu4l.

Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada jam 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.

Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ dalam kalangan keluarga dan jirannya.

Jen4zah Nurin Jazlin telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wangsa Maju selepas solat Jumaat hari ini.

Sumber: Bernama

Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Nurin Jazlin. Semoga ujian besar ini ditempuhi dengan tabah dan anggaplah segala cubaan mempunyai hikmah yang tersembunyi dari Yang Maha Esa.

Al-Fatihah…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Marinie Adik Penyanyi Camelia Bertunang

Sensasi Selebriti Loves Link & Tempahan Iklan Murah!