in ,

Gambar Nora Danish Bertudung

Anda nak tengok gambar Nora Danish bertudung? Susah gak nak tengok Nora Danish bertudung. Mmm… kalau nak tengok, tontonlah drama terbaru slot Lagenda, Lagenda Sumpahan Puteri Bunian mulai 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Kalau dulu, kita pernah tengok ‘adik kembar’ Nora Danish, Sari Yanti memakai tudung dalam drama Kisah Kaisara. Budiey ingat dulu Sari Yanti ni dulu adik kepada Nora Danish sebab muka diorang hampir sama. Tapi yang kesiannya bila Sari Yanti dituduh hipokrit bila penampilannya kat luar sebenarnya bertudung. Dahla tak bertudung, seksi pulak tu. Alah, ini mesti satu kes dengan si Tizz Zaqyah, awek kepada Remy Ishak dalam drama Nur Kasih.

Budiey harap, lepas ramai yang tengok Nora Danish pakai tudung dalam drama Sumpah Bunian, jangan pula ingat Nora Danish dah berubah imej. Itu hanya sekadar menurut tuntutan watak dalam drama tu aje.

Isu artis pakai tudung dari dulu lagi boleh jadi isu sensitif. Ada artis pergi haji, janji nak pakai tudung litup, tapi sampai sekarang tak pakai-pakai pun. Tapi itu soal dia dengan Tuhanlah kan. Ada artis yang lepas bergelar hajjah, terus bertaubat dan pakai tudung, tapi hangat-hangat tahu ayam aje. Tak sampai setahun, terus buang. Tudung ntah ke mana, title hajjah ntah ke mana.

Sejuk mata memandang tengok ibu kepada Putra Raiqal yang comel ni bertudung.

nora danish

 Amacam, cantik tak Nora Danish bertudung?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN AKAK NORA CANTIK APBILA MEMAKAI TUDUNG DAN SAYA DOAKN BERJAYA DI KERJAYA AKAK SENDIRI ……………………….. ASALAM

  2. cutenye kak nora……..eira ske sngt dngn kt nora klau lah kak nora pkai tudg tiap2 ari cam ni msti lg cntk kn………sya hrap kak nora akn b’trusn cam nie……..dripda KL di KERAMAT……….SELAMAT HARI RAYA…… MUAHXXXX……..Sklh at PU3 AMPG slm b’knaln kak nora…[email protected]<<<<<,

  3. bunian prncs pkai baby shirt putih kat dlm erk? & used ring at jari kaki juga erk? hw come….? shez very cute… makhluk ciptaan tuhan yg 1 ni mmg comel…,

  4. akak nora cantik sangat pakai tudung……. u r very cuter……………….. i hope u hapy with ur daughter……………be a gug mom………

  5. waaa… nampak lebih cun, lebih muda n lebih aura. biasa nampak dia antara artis yg blh kira cantik tp bila bertudung nampak antara artis yg xpuas mata memandang seperti erra, wardina, siti (kategori artis ada aura)…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari

Lagu Tema Drama Nur Kasih