in

Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari

MOMOK THE MOVIE MEMBUAT KEJUTAN MERAIH
LEBIH RM 1 JUTA SELEPAS 5 HARI TAYANGAN

MOMOK THE MOVIE adalah sebuah filem seram komedi yang mula ditayangkan di pawagam sejak 20 September lalu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri telah mencipta kejutan tersendiri apabila meraih kutipan melebihi RM1 juta selepas 5 hari ditayangkan.

Menurut penerbit dan juga pengarahnya sendiri iaitu M. Jamil, jumlah ini sememangnya melegakan seluruh tenaga produksi memandangkan Momok The Movie terpaksa bersaing dengan sebuah lagi filem iaitu Jinnoti. Namun, ternyata penonton sekarang ini lebih tahu menilai filem yang ingin ditonton dan tidak semata-mata bergantung kepada barisan pelakonnya. 

“Saya terbuka kepada sebarang komen, namun yang pasti saya buat filem ini untuk masyarakat Malaysia. Yang penting masyarakat terhibur dan dapat menerima filem ini” ujar M.Jamil lagi.

Filem yang diterbitkan oleh Galaksi Seni Sdn. Bhd.  ini telah menjalani pengambaran di sekitar Temerloh Pahang bagi merealisasikan skrip yang ditulis sendiri oleh M. Jamil. Momok yang dihasilkan dalam format VCD pada tahun 2004 ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan menjadi pencetus kepada pengarah untuk menghasilkannya di dalam format filem. Momok mendapat ilham dari pementasan teater dan pameran “Hantu-Hantu Yang Saya Kenali” anjuran Jabatan Antikuiti Muzium Negara pada 2003/04. Kini para penonton akan dapat menyaksikannya di pawagam hasil usaha syarikat penerbitan GS Galaksi Seni Sdn. Bhd.
 
Penerbit yakin sambutan akan berterusan sehingga selesai tayangan di pawagam nanti. Tempoh wajib tayang yang berbaki lebih kurang 2 minggu ini juga diharap mampu mencatatkan kutipan sekurang-kurangnya RM3.0 juta untuk filem Momok The Movie ini.

Menurut pengarah,  Momok The Movie adalah cerita rakyat yang pasti mampu mengembalikan nostalgia kita. Persembahannya dibuat sejujurnya berdasarkan cerita dan tempat kejadian sebenar. Ia dilakukan sebaik mungkin mengikut ilmu dan kemampuan selama 20 tahun dalam industri perfileman. Momok The Movie adalah filem ke lapan arahan M. Jamil dan ia dihasilkan setelah 15 tahun mengkaji kehendak penonton di Malaysia ini.

Antara pelakon yang menjayakan Momok The Movie adalah Faizal AF4, Dato’ Aziz Sattar, Nabil Raja Lawak 2, Dato’ Sarimah, Abon, Leez AF4, M. Jamil, Ruminah Sidek, Shazleen Shabi, Mior Ahmat Zaudi, Jamaluddin Kadir, Mama Rina AF6, Hanis Zalikha dan ramai lagi.

Kepada peminat filem seram komedi jangan lepaskan peluang menyaksikan MOMOK THE MOVIE yang telah berada di pawagam sejak 20 September 2009 (Aidilfitri) lalu.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apa Kata Wanita… Bersama Zamzarina Edisi Raya

Gambar Nora Danish Bertudung