in , ,

Gambar Ning Baizura & Kartika dalam Filem DIVA

Suka saya membawa anda menyorot kembali filem-filem lakonan Ning Baizura sebelum ini. Pada tahun 1997, Ning Baizura telah berlakon dalam Gemilang, seterusnya 1998 Ning ada terlibat dengan Maria Mariana 2, seterusnya filem Bara dan filem Burung Besi pada tahun 1999. Tahun 2000, Ning muncul dalam filem Mimpi Moon.

Empat tahun Ning berehat dari dunia lakonan sehingga tahun 2005, Ning muncul sebagai watak utama dalam filem Lady Boss. Terbaru, Ning muncul sekali dalam filem Diva memegang watak Kartika. Soalnya, apakah mutu lakonan Ning semakin meningkat atau sama seperti apa yang beliau lakonkan sebelum ini?

Saya kira lakonan Ning sudah sebegitu gayanya. Cara Ning membawa dirinya ketika dalam layar seolah satu imej yang itulah gaya Ning. Cara dia bercakap, cara Ning bergerak, cara Ning bawa karakter dan cara Ning menghafaz skrip. Sukar untuk saya menilai kerana lakonan Ning yang memang sebegitu.

Dalam filem DIVA, Ning menyelongkar watak seorang diva yang sudah ‘senja’ dalam populariti dan dalam masa yang sama Kartika ingin bangun bersama sebuah kumpulan remaja. Ning nampak lebih matang sedikit terutama ketika membawa watak perempuan yang dilanda masalah dan konflik jiwa. 

Adegan airmata dan saat-saat akhir menentang maut, agak ‘menjadi’ lakonan Ning. Memang ada touching di minit terakhir filem ini. Oleh kerana watak Diva agak tidak susah untuk Ning realisasikan kerana Ning sudah pun ada ciri-ciri tersebut kerana realitinya Ning hidup dalam dunia penuh glamour.

Cuma saya kira dalam plot penceritaan untuk Kartika pada penghujung, Ning perlu belajar bagaimana membawa watak perempuan yang lemah menghadapi kematian. Juga konflik Kartika dengan kumpulan Jiwa yang bermasalah memaksa watak Kartika lebih mendalami emosi yang begitu mencabar buat Ning.

Semalam, saya menghadiri Majlis Pra tonton Media filem Diva di GSC Mid Valley. Tidak ramai selebriti yang datang. Hanya pelakon utama, Ning Baizura, Jessica dan Awal Ashaari yang hadir. Mungkin ramai pelakon akan datang pada Malam Gala filem ini yang diadakan di Cineileisure Damansara pada malamnya.

Saya sempat ke sana untuk mengambil gambar selebriti yang hadir. Meriah, merah dan cerah! Tiga perkataan yang mampu saya berikan untuk menggambarkan suasana Malam Gala Filem Diva.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Jessica Iskandar & Ini Gambar Shenny Andrea Dalam Filem DIVA

Gambar Awal Ashaari & Ulasan Filem DIVA