in

Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina

Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai.

Sheikh Muszaffar

Sheikh Muszaffar

Sheikh Muszaffar

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini. Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami,” kata Sheikh Muszaphar.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah

Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi.

“Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu.

Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry

Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.

Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan.

Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa. via Mstar Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. pengantin baru indah ber seri,
    bagai cincin lekat d jari,
    ramai orag dtg merai,
    inilah diea raja sehari…

    tamatan janji, izin berwali,
    hijap bersaksi…
    selamat pengantin baru…. hingga kekal ke akhir hayat…

  2. 1st of all congrat to both of them…mudah2an kekal bahagia sampai akhir hayat tapi aku tak tau la saper2 yg perasan ke tak…aku tgk dr halina tu mcm excited semcm jerr during nikah n reception mlm td…..aku rasa tak salah klu dia just hulurkan senyuman pd tetamu…x perlu la nak borak2 dgn pasangan dia n terlalu agresif bergerak depan tetamu2…nak2 plak majlis dia tu ader siaran langsung which is 1 m’sia tgk….klu dia reserve sikit, aku rasa mesti lg manis n sopan…

  3. aku sokong ko”aku ni kata”. org dah ayu dah…tp slack dgn sikap dia yg nmpak tlalu excited..sbuk berbual dgn psangannya
    kalu dia jaga skit..nmpak lg manis

  4. Tahniah di ucapkan kepada Datuk, cepat-cepat dpat baby…….yang comel macam mama n hensem macam bapa dia……………

  5. mmg saye pun x sangke dr. Halina berpewatakan begitu.. nampak terlalu over.. dan majlis itu pun x nampak meriah.. nampak hambar je.. tidak lah seperti wedding dato’ siti n datin paduka umi aida..x tau kat mane silapnye..

  6. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina… semoga kekal hingga ke syurga. saya suka dengan senyuman Datin Dr Halina, cantik, manis dan manja. bagi saya pasangan yang sepadan, sama cantik sama padan bagaikan pinang dibelah dua. Datin Dr. Halina bertambah cantik kalau memakai tudung.
    ok terima kasih.

  7. Betui tu…cam excited sgt…iye la…cam perasan pun ada…sbnrnya perasaan bangga sbb jd pilihan DSM…ramai gak kwn2 pkbt yang perasan gan gelagat datin tu…cover2 la sket kan…anyway tahniah…

  8. Saya meminati pasangan Datuk Dr Shaikh Muszaphar dan Datin Dr Halina, sama cantik sama padan, seperti pinang dibelah dua, saya kagum melihat Datin Dr Halina memakai tudung, ketika majlis pernikahan dijalankan dan kecantikannya semakin terserah. saya berharap Datin Dr Halina akan mengekalkan memakai tudung. selamat Pengantin Baru Semoga kekal ke anak cucu dan sampai ke akhir hayat.

  9. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai….
    Semoga rumahtangga yg dibina kekalhingga ke akhir hayat….bila ada masalah rumahtangga nanti, bawak2la berbincang!
    Semoga melahirkan ramai zuriat yg comel, sihat dan didiklah anak berlandaskan hukum agama….
    p/s: Datin Dr Halina tu excited sbb dah lama dia nanti2kan saat2 indah ni…lagipula kawan2 ngan sedara mara dia sibok dok nyakat dia…tu yg dia gelak besau tu! (aku cuba bersangka baik!)

  10. ingatkan aku sorang je yg perasan Dr halina malam tu nmpk xcited & sibuk berborak smbil gelak2 over..huhu..

    tp tkper..sesiapa pn pasti gembira bila saat2 yg dinantikan tiba..Selamat Pengantin Baru..

  11. sian Dr halina…
    jadi bahan pulak.

    anyway….. Tahniah.!
    Selamat Pengantin Baruuuuuu…
    semoga cepat dapat zuriat.
    dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.
    semoga berbahagia sehingga ke syurga.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Nikah Kahwin Aqasha & Noor Baizura

Gambar Shahir & Adira di Konsert Reunion Akademi Fantasia 8