in

Gambar Nikah Kahwin Aqasha & Noor Baizura

Aqasha Kahwin

Aqasha Kahwin

Ramai betul selebriti yang mengambil tarikh 10.10.2010 sebagai tarikh indah perkahwinan mereka. Selamat pengantin baru juga kepada penyanyi dan pelakon, Aqasha kini sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, di sini.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.

Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih.

Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Pengantin perempuan disolek dan didandan oleh Shegar.

Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis.

Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.

Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam. via MstarOnline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari Minat Jadi Pengarah Videografi

Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina