in ,

Awal Ashaari Minat Jadi Pengarah Videografi

Nak jadi jurugambar atau pengarah filem? Sekarang dah ada program realiti baru, Detik Bersama Handycam yang mengumpulkan anak-anak muda berjiwa kreatif yang berminat dengan dunia pengarahan filem.

Pada 7 Oktober 2010 lalu, Budiey sempat untuk singgah di Sidang Media Pelancaran Detik Bersama Handycam yang diadakan di Zetabar, Hotel Hilton. Bakal disiarkan di Astro Ria mulai 17 Oktober 2010, jam 6.30 petang, rancangan bersiri realiti terbaru selama 30 minit ini akan dikendalikan oleh pengacara popular, Awal Ashaari.

Akan menampilkan 10 episod istimewa bertujuan untuk mencungkil bakat pengarah generasi baru. Mana tahu suatu hari nanti, peserta yang terpilih ini akan menjadi pengarah filem terkenal. Tak mustahil kalau ada bakat dan kemahuan yang tinggi. Semua boleh jadi.

Budiey dapat tahu pemenang program ini kemungkinan besar akan mengarah sebuah telemovie dengan peralatan yang ditaja sepenuhnya oleh Sony.

Kata Awal Ashaari, dia memang seronok menjadi pengacara program ala Amazing Race kerana selain dapat mengembara di beberapa buah negeri, Awal juga dapat mendalami sedikit sebanyak tentang selok belok pengarahan dan pembikinan sesebuah filem. Antara destinasi negeri terpilih ialah Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak, di mana setiap destinasi akan dibina wayang pacak. Selepas tugasan diselesaikan, rakaman peserta yang berjaya disiapkan dalam tempoh 8 jam akan ditayangkan kepada penduduk setempat untuk diberikan pemarkahan. Setiap minggu akan ada pengarah profesional dijemput memberikan kritikan tetapi bukan sebagai juri.

Awal Ashaari selaku hos juga akan membawa handycam Sony untuk merakam detik-detik bersama peserta. Sedikit sebanyak ini menguji sejauh mana kemampuan dan kreativiti Awal Ashaari yang bertindak selaku hos program. Tapi sure Awal boleh buat punya sebab konsep ceria program ini sesuai dengan aura dan karakter yang ada pada Awal.

Kalau sebelum ini Awal dah biasa rakam video untuk tatapan peminatnya di Facebook, tapi kali ini rakamannya akan ditayangkan di TV.

Program Detik Bersama Handycam yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Sony Malaysia.

Gambar Awal Ashaari di Sidang Media Pelancaran Detik Bersama Handycam.

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gila Gila Canon Camera Sale

Gambar Nikah Kahwin Aqasha & Noor Baizura