Temubual Eksklusif Bersama Wings di Latihan Konsert Opera Hidup

Pada 7 April (Khamis) lalu, Budiey berkesempatan untuk melihat sesi latihan & rehersal band tersohor Wings yang akan tampil dengan Konsert Wings Opera Hidup hujung bulan ini.

Perjumpaan dibuat di Studio Anggerik di mana menjadi tempat latihan mereka. Terima kasih kepada Kak Aida sebab sudi menjemput Budiey bertemu secara ekslusif dengan anggota kumpulan Wings. Sayangnya, pada hari tu, Budiey tak dapat jumpa Awie sebab pada hari tu, Awie bercuti untuk berehat selepas berpenat lelah melakonkan watak Lat dalam Teater Muzikal Lat Kampung Boy di Istana Budaya.

Temubual Budiey Bersama Joe Wings Konsert Wings Opera Hidup

Temubual Budiey Bersama Bombay – Penganjur Konsert Wings Opera Hidup Wings

Temubual Bersama Wakil Penaja Harley Davidson Konsert Wings Opera Hidup

Cakap pasal Awie, memang jadual vokalis Wings ni sangat padatlah nampaknya. Selepas Lat Kampung Boy, Awie akan menerajui Konsert Opera Hidup pula.

Untuk info pembaca, Konsert Opera HIdup Wings akan berlangsung pada 30 April hingga 1 Mei 2011 ini di Istana Budaya. Dianjurkan oleh Bombay Worldwide, Anggerik Event dan Red On Black, konsert ini akan memperkenalkan beberapa ikon rock lagenda yang popular yang digelar Superfriends & juga penampilan khas dari Orkestra Simfoni Kebangsaaan.

Wings

Ikon-ikon rock yang terlibat adalah seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash, Yantzen, Mus (May), Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal, Kid Search, Hillary Ang, Yan, Edrie Hashim, Ujang Yukimon, Yazit Search, Rozario Rasul, W Izad GMG dan Lola. Selain itu, ada juga penampilan dari penyanyi baru seperti Black dan Jaclyn Victor.

Tinggal lagi 2 minggu, Wings kini sedang bekerja keras berlatih bagi memastikan persembahan mereka dingati sampai bila-bila. Boleh dikatakan persediaan dah ditahap 70%. Dari segi susunan muzik akustik dan orkestra, Wings terpaksa membuat sedikit kelainan. Nak tahu, apa yang lainnya, kenalah beli tiket dan tonton sendiri konsert ini. Budiey diberitahu, latihan telah bermula seawal 2 bulan yang lalu di mana latihan untuk orkestra dibuat berasingan dan mereka akan bertemu di Istana Budaya untuk menyatukan muzik rock dan orkestra dua minggu sebelum tarikh persembahan bermula.

Budiey sempat menemubual Joe Wings, Bombay dan juga wakil dari penaja iaitu Harley Davidson yang turut hadir semasa sesi latihan. Mereka semua bersetuju dan mengatakan konsert ini adalah satu rock gathering yang mengumpulkan semua kawan-kawan yang pernah berjuang mengangkat muzik rock satu ketika dulu. Bak kata Joe Wings, ini satu tribute kepada ikon-ikon rock yang pernah mencipta satu fenomena dari tahun 80an dulu hingga kini. Kalau dilihat dari segi idea pun, konsert ini sebenarnya diusul oleh Istana Budaya sendiri yang ingin meremajakan pentas terulung negara itu. Tengoklah kesannya kini di mana ramai remaja dan anak muda belia sudah tak ralat untuk berlabuh di kerusi Istana Budaya. Bukan setakat ada teater dan bangsawan serta seni kebudayaan, ruang pentas Istana Budaya sekarang sudah untuk rockers-rockers juga.

Cuma sudah tentu, ada syarat-syarat yang diberikan kepada penganjur konsert rock kerana Istana Budaya masih lagi terikat dengan beberapa etika yang perlu dipatuhi terutama dari sudut persembahan mestilah ada keunikan dan kelainan yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Walaupun sebelum ini Wings pernah tampil dengan konsep rock-estra, namun kalau nak dikira di Istana Budaya, masih belum lagi persembahan seperti ini dibuat. Di mana, jam 3 petangnya, Wings akan bersama Superfriends bergema dengan lagu-lagu semi-akustika dan sebelah malamnya pula Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan. Dek kerana kelainan ini, dikatakan tiket untuk sebelah malam laris dijual.

Maka, tercatit dalam sejarah, Wings merupakan band rock Malaysia yang pertama mempersembahkan konsep seperti ini di Istana Budaya. Tahniah Wings! Korang semua otai-otai rockers sejati, okay!

Budiey tak sabar nak dengar dan menikmati konsert Opera HIdups ini sebab Wings dah janji nak kasi yang terbaik di mana sebanyak 18 buah lagu akan berkumandang di sebelah petang dan lebih 20 buah lagu akan bergema di sebelah malam bersama orkestra. Tiada lagu medley kerana semua lagu-lagu penuh dimainkan. Semua ini untuk kepuasan peminat. Joe Wings berjanji, peminat yang datang akan mengenang konsert ini sampai bila-bila sebagai satu kenangan terindah dalam hidup mereka.

Nak tahu lagu apa? Mmm, Budiey boleh kasi lagu-lagu yang menurut Joe Wings, lagu-lagu ini jarang dimainkan sebelum ini secara live seperti Di Ambang Wati, Dalam Kehadiran Sofiah dan Bujang Senang. Sebelah petang pula, ada lagu-lagu yang dinyantikan oleh Superfriends seperti lagu M.Nasir akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. M. Nasir pula takkan nyanyi lagunya sendiri… sebab untuk lebih gempak lagi, baik M.Nasir diberikan lagu-lagu yang belum pernah dia nyanyikan secara live.

Pihak Harley Davidson, yang merupakan penaja utama untuk konsert ini begitu teruja dan excited giler apabila dapat bekerjasama menjayakan konsert. Untuk memeriahkan lagi, satu pameran dari Harley Davidson akan diadakan di luar Istana Budaya untuk pengunjung dan peminat motor Harley Davidson & kereta Ferrari. Pameran bermula jam 10.30 pagi sehinggalah malam.

Pendek kata, motor-motor besar Harley Davidson boleh dilihat di mana-mana sekitar Istana Budaya itu. Bahkan, semasa persembahan juga ada kejutan untuk peminat. Jadi jangan pula terkejut kalau motosikal berkuasa tinggi ini berderum kuat di pentas IB sepanjang Konsert Opera Hidup ini.

Menurut Joe Wings, motosikal Harley Davidson dan muzik rock adalah satu sinonim dan ianya tak boleh dipisahkan. Ternyata ramai sekali rockers yang suka bawa Harley Davidson. Awie sendiri adalah ahli HD yang memiliki motor berkuasa tinggi. Jadi Wings dan penganjur rasa sangat bertuah kerana syarikat besar bertaraf antarabangsa tampil menjadi penaja konsert. Sebelum ini juga, Harley Davidson pernah menaja Wings semasa menjelajah satu Malaysia selama 4 hari.

Jadi, dengan penajaan ini, nama Wings berada di tahapnya yang tersendiri. Apa yang penting, peminat dapat enjoy. Neves tak neves, menurut Joe Wings, sebagai pemuzik dan penghibur, tidaklah neves sangat sebab apabila dah perfect dari segi latihan. Lagi pun, apabila perform semua anggota Wings akan enjoy dan perform dengan penuh passion. Seseorang penghibur tak perlu nak takut atau gugup semasa di pentas, bahkan kena kasi yang terbaik untuk peminat yang membayar tiket. Rileks dan santai, itu yang penting.

Budiey difahamkan Wings akan mengadakan satu lagu sidang media pada 21 April ini di mana sidang media ini adalah yang terakhir sebelum konsert ini berlangsung.

Budiey dengar tiket berharga antara RM65 hingga RM125 telah habis dijual. Terutama tiket sebelah malam, memang cepat dan laris macam goreng pisang panas.

Oleh itu, tiket-tiket lain yang berharga RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 boleh lagi didapati melalui www.ticket2u.biz dan www.sayap2wings.com

Jika tiada aral melintang, Budiey dikhabarkan juga oleh pihak Bombay Worldwide tentang perancangan hujung tahun ini di mana sebuah lagi konsert melibatkan band Wings di mana ianya akan menghimpun ratusan ribu peminat Wings disatukan dalam satu konsert paling besar dalam sejarah band itu. Jadi, kepada peminat, jangan lupa tunggu konsert mega Wings sekitar bulan November tahun ini.

konsert wings opera hidup

Wings

Wings

IMG_7582

Wings

Wings

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Wilcha Shy8 Naik Angin Pihak Ambil Kesempatan

Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV