in

KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON

Semalam, Budiey telah hadir di Majlis Pelancaran Media – KRU TV yang berlangsung di Laundry Bar, eCurve, Mutiara Damansara. Maka, ramai juga selebriti yang hadir, antaranya Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Miera Leyana dan artis terbaru di bawah naungan KRU Studios.

KRU TV

Pengacara KRU TV

KRU TV

Video Sekitar KRU TV Media Launch

Video Persembahan Artis Terbaru KRU Muzik

Apa-apa pun tahniah Budiey ucapkan kepada KRU TV yang telah melonjak setapak lagi di mana KRU TV kini boleh ditonton di portal Tonton. Saluran KRU TV menjadi saluran baru yang menampilkan kandungan terbaik dengan gabungan pengisian yang diterbitkan secara eksklusif serta khazanah filem, konsert serta video muzik popular terbitan KRU Studios serta produk-produk edaran United Studios.

Kerjasama strategik di antara Alt Media Sdn Bhd dan KRU Media Sdn Bhd menjanjikan suatu pengalaman baru untuk pelajar Tonton.

Saluran KRU TV sudah pun boleh ditonton di Portal Tonton mulai 12 April lalu. Sekarang penonton dan pelayar web boleh menonton filem-filem popular seperti Cicakman, Magik serta drama bersiri dalam format Webisode. Walaubagaimana pun sebagai persediaan awal, KRU TV telah menyediakan beberapa rancangan hiburan sebagai ujian untuk maklum balas dari para pelayar Tonton.

KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON

Di antaranya ialah:

KRU Paparazzi – berita hiburan dan mingguan serta temuramah bersama selebriti Malaysia dan Indonesia

KRU Jukebox – muzik popular dari semua aliran dari era 90an hingga masa kini.

KRU The Making Of – Di sebalik tabir pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa, HAQ & Duyung dan video muzik Sedetik Lebih oleh Anuar Zain.

KRU 24/7 – Special Artis Mingguan dengan artis popular seperti Shahir, Bandi Amuk, Stephen Rahman dan Ummi Nazeera.

KRU Anime – Siri animasi berasaskan komik popular iaitu Cicakman.

KRU Blockbuster – Filem Duyung dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Extravaganza – Konsert dan Persembahan Muzik.

Webisode – Drama Bersiri

Mengikut kata Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, “Kami optimis untuk menjadi saluran pilihan utama dalam jangkamasa 12 bulan beroperasi menerusi platform Tonton. Dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios di Ciberjaya, kami berharap kami akan mampu mencapai matlamat kami membekal rancangan berkualiti tinggi untuk saluran KRU TV.”

Kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn Bhd, “Kami juga menjangkakan peningkatan jumlah pelayar web ke Tonton khususnya segmen Melayu melalui kerjasama pintar bersama KRU TV.”

Yang mudahnya, semua servis yang ditawarkan ini adalah percuma. Pelayar hanya perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di portal Tonton sebelum menikmati segala kelebihan di saluran KRU TV.

KRU TV

KRU TV

4Teen

KRU TV

Tiga

KRU TV

KRU TV

KRU TV

KRU TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV

Peraduan A&W Whats Your Story