in

Gambar Nasreen Ngasri aka Darling di Prebiu Drama Gadis Cuci

Masa singgah di Majlis Prebiu Drama Gadis Cuci, Budiey sempat bertemu dengan si gadis cuci yang sedang berdarah manis, Nasreen Ngasri atau nama glamernya, Darling. Bukan main riang berseri lagi Darling. Setiap butiran kata yang meniti di bibirnya terbit bersekali dengan senyuman manis.

Namun, dalam pada itu, hati Darling berdebar kencang menantikan hari bersejarah dalam hidupnya. Fikirannya agak berkecamuk, risau dengan persiapan. Maklumlah, tarikh pun dah dekat… siapa yang tak risau.

Hari Bersejarah Darling:

30 Mei 2009 – Akad Nikah di rumah famili Darling kat Jalan Ipoh.
31 Mei 2009 – Majlis Persandingan di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh.
7 Jun 2009 – Resepsi pihak lelaki di Bukit Katil, Melaka.

Darling akan menerima wang hantaran sebanyak RM22, 222.22.

Kata Darling, “Budiey, jangan lupa, kita nak kasi kad jemputan kat awak. Nantilah masa nak balik, kita kasi ek.” Tapi sejurus selepas ambik gambar Darling, dia terus kasi. Takut terlupa. Hehe, kira jadi orang pertama dapat kad kahwin Darling untuk hari tu. Kami saling bertukar kad sebenarnya. Malangnya, masing-masing tak dapat hadir ke majlis. Jarak masa memang dekat, kalau tidak, memang Budiey akan hadir ke majlis resepsi tu. Seronok betul dapat ambil gambar selebriti kahwin. Tengok pada warna kad perkahwinan pun dah tahu… mesti tema dia Garden sebab kad warna hijau pekat.

Ramai dah tahu, Darling dah pun bertunang dengan pasangannya, Nur Azlin Rahmat pada pertengahan Mac lalu. Tunang Darling kerja sebagai pegawai pemasaran, berusia 34 tahun. Kat dalam kad tu, siap ada gambar mereka berdua lengkap berbaju pengantin.

Cepatnya masa berlalu… dan hujung bulan ini, Darling akan bergelar isteri.

Macamana persiapan?

Katanya, dah 70% dah siap. Nasib baik ada banyak pihak yang tolong. Astaka Karya dilantik jadi perancang perkahwinan. Baju pengantin dan katering pun dah siap dipilih.

Dah bersedia nak jadi isteri orang?
“Yea, tak dapat tidak kena bersedia, kena baca buku untuk tambah pengetahuan. Saya dah bersedia untuk melangkah ke satu fasa baru dalam hidup.”

Semoga segala perancangan Darling dan pasangan untuk mendirikan masjid akan terlaksana. Moga-moga kalian berdua bahagia kekal sejahtera hingga hujung nyawa.

Darling, terima kasih sebab sudi kasi kad ya. Budiey nak minta maaf sebab tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Untuk info pembaca, drama bersiri terbaru terbitan Darling, Gadis Cuci akan mula ditayangkan pada 21 Mei ini, setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Ria. Masa prebiu, Fara Fauzana dan Anne Ngasri tak dapat hadir. Fara Fauzana masa tu, kena hadir di majlis filem Jin Notti di Ampang. Cuma Tengku Tiara je yang datang.

Ini dia antara gambar yang sempat Budiey snap!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Peraga Baju T Rekaan Finalis Rekatee TV3

Trailer Film Power Kids