in

Gambar Nasha Aziz di Sidang Media Teater Muzikal ANTARA

Pada 11 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung Sidang Media Majlis ANTARA di Dewan Sri Nilam, Istana Budaya yang turut dihadiri oleh pelakon utama teater ini iaitu Nasha Aziz. Sudah agak lama Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz ini menyepikan diri.

Kini pastinya rindu peminat terubat kerana Nasha Aziz akan melakonkan watak Hawa, isteri kepada Adam yang akan bergandingan bersama Fahrin Ahmad (Adam)

Teater Muzikal karya Eirma Fatima dan arahan Ellie Suriaty ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26, 27 dan 28 Februari ini. Selain Nasha Aziz, teater ini turut menampilkan beberapa orang penyanyi seperti Jamal Abdillah, Hattan, Ziana Zain, Lan Typewriter, Iqwal dan Wana.

Sebelum ini, pelakon yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini dilanda pelbagai musibah dan kontroversi termasuklah masalah keluarga, aksi ‘skodeng’ hingga menjadi kes mahkamah ditambah lagi dengan cerita putus tunang, membuatkan Nasha seakan ‘malas’ berbicara isu berkenaan secara terbuka kerana mungkin ia bakal mengundang pelbagai perspektif serta spekulasi negatif orang ramai.

Walaupun seakan menyepikan diri dari industri seni, nama Nasha Aziz tak pernah tenggelam. Populariti tetap ada malah nama artis yang lahir pada 14 Mei 1971 ini berada di kelasnya yang tersendiri.

Jelas terpancar dari gerak geri lemah lembut beliau satu kekuatan terbenam dalam dirinya. Kalau tidak kuat, pasti keyakinan akan goyah. Tujuan Nasha cuma satu iaitu mencapai satu tahap kepuasan dalam bekerja dan membuatkan semua orang happy. Beliau memilih seni lakonan kerana seni ini ada kecantikannya tersendiri. Belajar untuk mengenal erti kehidupan.

Dalam pada itu, masih hangat diperkatakan tentang kisah cintanya bersama pemuda dikenali sebagai Nur Iman Tang dan hala tuju pengakhiran perhubungan mereka apabila baru-baru ini Nasha mengakui sudah menerima cincin tanda daripada saudara baru itu.

Okay, pasal itu, Nasha cuma kata: “No comment”.

Jangan lupa untuk menyaksikan teater ANTARA dengan mendapatkan tiket-tiket di kaunter Istana Budaya. Hanya tinggal beberapa hari saje lagi. Cepat sebelum kehabisan!

Lihat pada beberapa gaya pose Nasha Aziz ni… mmm… ada ekspressi tersendiri. Mungkin beginilah cara Nasha menghayati watak Hawa. Yang jelas, Nasha tak suka pandang kamera. Kenapa ya?

4374632760 41802B2Af0 O | 4

4373881971 F31Fe22Ed5 O | 5

4373882359 A9B9733Aa8 O | 6

4374633920 3Fc8F1D813 O | 7

4374634258 A40B837F30 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Kahwin Imuda & Zabarina Hajar Kahwin

Gambar Sheera Iskandar Pelakon Drama Halimah Jongang & Siong