in

Gambar Ilyas Suhaimi Anak Fizz Fairuz Nur Kasih The Movie

Memperkenalkan seorang lagi pelakon kanak-kanak yang membintangi filem Nur Kasih The Movie… Adik Ilyas Suhaimi namanya.

4818535820 3F79B5F32A O | 4

Ilyas bersama Mia Sara… adik beradik yang sangat sesuai

Elyas membawa watak anak kepada Fizz Fairuz dalam filem ini. Dengarnya, Fizz akan melakonkan watak bapa tunggal dalam filem ini, betul ke? Oh, itu kena tonton sendiri lah nanti. Tak boleh kasi spoiler. 🙂 Kih kih~

Yang penting, dalam filem ini nanti, penonton akan disajikan dengan adegan-adegan yang sangat tragis, menekankan jiwa, konflik, konfrontasi dan macam-macam lagi. Filem ini banyak memainkan atau dalam kata lain mempermainkan perasaan penonton semaksima yang mungkin. Seperti kata Fizz, untuk wataknya terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebahagian insan lain. Pengorbanan yang sangat besar akan digambarkan dengan cukup jelas dan beremosi di layar perak. Penonton akan rasa lebih simpati dan empati dengan watak ini. Tak mustahil penonton akan menitiskan airmata, kan?

Antara kata-kata menarik dalam filem ini, yang juga pernah terungkai dalam drama bersiri Nur Kasih sebelum ini…

“Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali..ilmu bermanafaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..”

Dalam filem ini, ia berdurasi dalam tempoh masa selama 40 tahun dan selepas 8 tahun dari saat episod akhir drama. Yang pastinya, filem ini bukan sekadar untuk menyentuh jiwa penonton malah ia akan lebih membawa mesej positif, kekeluargaan, cinta sesama insan dan perjuangan. Ramai bersetuju, penulis skrip yang juga isteri kepada Khabir Bhatia iaitu Mira Mustafa begitu teliti untuk menyakinkan penonton filem ini akan menjadi fenomena yang luar biasa tahun hadapan.

Terbukti, menerusi kajian yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, Nur Kasih telah menggegarkan Malaysia dengan purata 55.8% penonton televisyen dan mendapat jumlah penonton paling tinggi iaitu sebanyak 4.3 juta penonton.

4818557676 3587C28336 B | 5

4817918865 6336Cdcac8 B | 6

4817919267 28C9Ecce63 B | 7

4817918027 9F0B9D5208 B | 8

4818540084 781F30Ea6F B | 9

4818538866 A15Ed675D7 B | 10

4818537418 7Bb01297D3 B | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mia Sara di Lokasi Filem Nur Kasih The Movie

Romantik Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Nur Kasih The Movie